BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penumpang cemas penutup enjin pesawat tercabut

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
penutup-enjin-tertanggal-viral.jpeg

Pesawat itu mendarat di Khabarovsk selepas salah satu penutup enjinnya tertanggal. - Pejabat Pendakwa Pengangkutan Timur Jauh Russia

MOSCOW – Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Rossiya Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas di sebuah lapangan terbang di Russia apabila salah satu penutup enjinnya tercabut, lapor akhbar Metro UK.

Pesawat jenis SSJ100 yang membawa 90 penumpang dan lima kru itu dalam penerbangan dari bandar Vladivostok ke Blagoveshchensk, Sabtu lalu.

Beberapa saksi memberitahu media tempatan bahawa sebahagian badan pesawat tertanggal semasa berada di udara.

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan penutup logam enjin kanan pesawat hilang. Tiada kecederaan dilaporkan.

Pejabat Pendakwa Pengangkutan Timur Jauh Russia mengesahkan bahawa pesawat itu mendarat di Khabarovsk sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) akibat kerosakan teknikal. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register