ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Beberapa orang pekerja kesihatan yang memakai sut perlindungan, menyembur cecair nyahjangkitan di tangga sebuah stesen kereta api laju bawah tanah di Seoul, Korea Selatan, semalam. REUTERS
SEOUL 11 Jun - Penularan wabak Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) dilihat semakin serius di Korea Selatan, selepas Kementerian Kesihatan negara ini hari ini mengesan 14 lagi kes terbaharu, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa wabak berkenaan sehingga kini mencecah 122 orang.
Menurut kementerian berkenaan, antara kes terbaharu dikesan melibatkan seorang wanita hamil yang dijangkiti wabak tersebut di dalam wad kecemasan sebuah hospital, di sini.
“Bagaimanapun, wanita itu kini berada dalam keadaan stabil,” jelas kementerian tersebut.
Penularan wabak MERS di negara ini menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk, gara-gara takut dijangkiti penyakit itu yang sehingga kini belum ada penawarnya, sehingga memaksa Presiden, Park Geun-hye membatalkan lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat (AS).
Channel News Asia dalam laporanya memetik kenyataan Kementerian Kesihatan sebagai berkata, dua lagi kematian akibat wabak MERS dilaporkan semalam, dan satu lagi hari ini sekali gus menjadikan angka korban keseluruhan sehingga kini berjumlah 10 orang.
Dalam perkembangan lain, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Korea Selatan mencadangkan supaya semua sekolah dibuka semula, kecuali sekolah-sekolah tertentu selepas didapati mereka tidak menjadi penyebab kepada penularan wabak itu.
“Sekolah tidak mempunyai kaitan dengan penularan virus MERS di Korea Selatan dan di mana-mana tempat,” ujar pertubuhan berkenaan.
Sehingga kini sebanyak 2,474 buah sekolah dan 22 buah universiti di negara ini ditutup buat sementara waktu ekoran wabak MERS. – REUTERS/AGENSI