BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peka Penjagaan Kendiri Semasa Musim Raya, Bendung Penularan Tibi - Pakar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
4a10b2bd272ffe40e271ae646d61b00969be119333729

Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar KPJ Perlis Dr Nurazam Omar

Dalam keseronokan menyambut Aidilfitri, masyarakat juga perlu peka terhadap aspek penjagaan kendiri semasa melakukan ziarah raya atau mengunjungi rumah terbuka bagi membendung penularan penyakit tuberkulosis (tibi) yang mudah merebak kepada individu lain melalui udara.

Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar KPJ Perlis Dr Nurazam Omar berkata golongan bergejala seperti mengalami batuk dan berisiko dijangkiti, digalakkan memakai pelitup muka, kerap membasuh tangan atau menggunakan pensanitasi tangan dan menjaga jarak antara satu hingga dua meter.

Beliau berkata individu bergejala batuk mempunyai risiko menjadi pembawa penyakit itu, yang boleh menjangkiti golongan berisiko, antaranya kanak-kanak berusia bawah lima tahun, warga emas serta penghidap penyakit kronik seperti diabetes dan kanser yang mempunyai daya tahan imun lemah.

“Bila musim raya ini, kebiasaannya kita nak pergi ziarah raya dan rumah terbuka, jadi mereka yang bergejala batuk dan mungkin mereka tidak tahu ada tibi perlu mengambil langkah berjaga-jaga memakai pelitup muka dan amalkan etika batuk yang betul untuk mengelak orang lain dijangkiti.

“Begitu juga mereka berisiko yang menghidap penyakit kronik perlu peka terhadap penjagaan kendiri memakai pelitup muka, kerap basuh tangan serta menjaga jarak, kerana sistem imun badan yang lemah memudahkan kuman menyerang paru-paru,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Dr Nurazam berkata penyakit berpunca daripada bakteria mycobacterium tuberculosis yang menyerang paru-paru itu boleh merebak menjangkiti individu lain menerusi udara apabila pembawa tibi aktif itu bercakap, batuk, bersin, menjerit dan menyanyi.

Beliau berkata tempoh masa seseorang individu berisiko tinggi dijangkiti penyakit itu setelah lebih lapan jam berinteraksi dan menjadi kontak rapat pesakit tibi di sesuatu tempat.

“Majlis rumah terbuka yang dibuat di kawasan terbuka mempunyai risiko rendah untuk penyakit ini merebak disebabkan pengudaraan baik berbanding dewan tertutup dan rumah, namun perlu diingatkan ia berisiko tinggi kepada penghidap penyakit kronik yang imun badan lemah untuk melawan penyakit,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register