BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Virus Nipah: Saringan Pengembara Berisiko Langkah Proaktif Cegah Penularan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,401
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,401
Reaction score
346
Points
141
4ae0fe9b33bf3f49c907fcea6ed36d6e69833ab1d563c

KUALA LUMPUR, 4 Feb -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyampaikan ucapan perasmian Sambutan Hari Kanser Sedunia 2026 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewam Bahasa dan Pustaka hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pelaksanaan saringan kesihatan bersasar ke atas pengembara dari negara berisiko tinggi di semua pintu masuk antarabangsa adalah langkah pencegahan bagi mengelak penularan virus Nipah di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata biarpun langkah itu tidak disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pendekatan proaktif yang diambil kerajaan itu penting bagi memastikan tahap kesiapsiagaan dan keyakinan terhadap sistem kesihatan negara berada pada tahap optimum.

“Kementerian mengambil pendekatan proaktif dan pre-emptive biarpun WHO tidak memberikan penegasan tentang keperluan penggunaan pengimbas suhu dan sebagainya. Saringan ini antara langkah berjaga-jaga untuk mencegah serta mengesan lebih awal sebarang kemungkinan jangkitan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan sambutan Hari Kanser Sedunia peringkat kebangsaan 2026 di sini hari ini, sebagai mengulas kenyataan WHO yang tidak mengesyorkan saringan di lapangan terbang pada masa ini dan menilai risiko penularan virus dari India sebagai rendah.

Dzulkefly berkata sistem kesihatan negara berada pada tahap bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan berkaitan ancaman penyakit berjangkit itu.

“Dalam konteks kawalan penyakit berjangkit, langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan atas prinsip kawalan berlapis merangkumi pengurusan berterusan, pengesanan awal, pengurusan kontak, kesiapsiagaan fasiliti kesihatan dan komunikasi risiko berkesan,” katanya.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas isu sebuah premis makanan di Negeri Sembilan yang didakwa mencuci lebihan makanan untuk dimasak dan dijual semula, beliau berkata KKM memberi amaran tegas kepada pengusaha agar bertanggungjawab dan tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Beliau berkata kementerian tidak akan berkompromi apabila berdepan amalan yang mendedahkan orang ramai kepada risiko serius termasuk keracunan makanan dan tindakan penguakuatkuasaan akan diambil secara tegas termasuk mengeluarkan kompaun dan penalti terhadap sebarang pelanggaran undang-undang.

“Saya ingin mengingatkan semua pengusaha supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan. Kita telah berkali-kali mengeluarkan peringatan sebelum ini.

 
Back
Top
Log in Register