BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pentingnya solat subuh berjemaah

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Pentingnya solat subuh berjemaah


Solat subuh merupakan pengukur nilai sebuah umat. Umat yang melalaikan solat subuh berjamaah adalah umat yang tidak berhak untuk mendapat kejayaan, akan tetapi berhak untuk digantikan dengan umat yang lain.
Umat ynag menjaga solat Subuh secara berjamaah adalah umat yang berhak untuk tegak kukuh di muka bumi.

Pernah salah seorang pemimpin Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali pada satu hal, iaitu bila jumlah jamaah solat Subuh menyamai jumlah jamaah solat Jumaat. (Insya Allah akan menjadi satu kenyataan dalam masa yang terdekat).


546595_142066042611470_2142123594_n.jpg


Sabda Rasulullah S.A.W,

"Sesungguhnya solat yang paling berat untuk orang munafik adalah solat isyak dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung didalamnya, nescaya mereka akan datang kepada keduanya sekalipun dalam keadaan merangkak."

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Dari Uthman Bin Affan r.a berkata, Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud,

"Barangsiapa yang solat isyak berjamaah maka seakan-akan dia telah solat sunat setengah malam. Dan barangsiapa solat subuh secara berjamaah maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam satu malam yang penuh."

(Hadis riwayat Muslim).

Allah S.W.T berfirman:

"Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan Malaikat. Dan pada sebahagian malam hari solat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Rabbmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji......"

(al-Isra' : 78 - 79).





 
statement pemimpin yahudi tu memang takkan terjadi..kenapa? sebab solat jumaat ni bukan disemua masjid/surau buat. Hanya masjid tertentu disuatu tempat je akan laksanakan solat jumaat.

manakala solat subuh, di masjid mahupun surau boleh dilaksanakan, jadi memang sukar la untuk jumlah makmum tu nak penuh macam solat jumaat sampai bersesak-sesak

benda ni pernah dibincangkan dulu...wallahu ta'ala 'alam
 
jangan kan solat subuh...solat2 fardu yg lain pun brapa kerat jer...

alhamdulillah aku xda masalah nak bangun & solat subuh...sbb tiap2 ari anak aku tbangun nak mnyusu sblm solat subuh...
 
solat subuh kat masjid mmg la puncak kesedapan. tapi biasa la...perkara yg setan benci...mmg payah nk buat :D
 
betolla..balik kg nenek ak kul 630 dah siap sarapan
 
Back
Top
Log in Register