ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Zaharah (kiri) melayan pelanggan yang singgah untuk membeli lemangnya di Jalan Sungai Rengas, Kampung Kepong.
KUALA TERENGGANU - Menjelang Ramadan tidak lama lagi, pengusaha lemang mula membuat persediaan bagi memenuhi permintaan yang tinggi pada bulan itu.
Ini sebab, makanan tradisi itu menjadi pilihan masyarakat negeri ini untuk dijadikan juadah berbuka.
Pengusaha Lemang, Zaharah Mohamad, 48, berkata, sepanjang Ramadan hingga Syawal, dia tidak menang tangan membakar lemang sambil melayan pelanggan yang tidak putus-putus datang untuk membeli lemangnya di Jalan Sungai Rengas, dekat Kampung Kepong, di sini.
"Setiap kali nak masuk bulan puasa, kena cari stok buluh sebab permintaan tinggi berbanding biasa.
"Saya tempah buluh dari penjual di Hulu Terengganu dua minggu awal sebanyak lebih 100 batang," katanya.
Disebabkan buluh lemang kini sukar diperoleh kerana tidak ramai yang tanam pokok buluh, peniaga terpaksa masuk ke hutan untuk mencarinya.
"Disebabkan susah nak cari buluh, harganya juga tinggi... buluh lemang dijual RM3 sebatang," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di gerai lemangnya, semalam.
Manakala beras pulut pula, Zaharah akan sediakan lebih kurang lapan hingga 10 gantang sehari pada bulan puasa berbanding hanya dua hingga tiga gantang pada hari biasa.
Zaharah yang turut dibantu suami, Deraman Yusof, 55, mengakui harga bahan mentah untuk menghasilkan lemang semakin tinggi namun dia tidak pernah menaikkan harga lemang yang dijualnya.
"Kalau beli di kedai, santan RM9 sekilo, tetapi saya buat santan sendiri dengan membeli kelapa yang berharga RM1.20 sebiji. "Tetapi harga kelapa pun selalu turun naik, begitu juga daun pisang," katanya.
Bagi mengurangkan kos pembuatan, Zaharah menanam sendiri pokok pisang supaya dia tidak perlu keluarkan kos untuk membeli daun pisang bagi memasak lemang.
Disebabkan inisiatifnya untuk menghasilkan lemang pada kos paling murah maka dia dapat menjual hasilnya juga pada harga rendah, iaitu RM3 sebatang, bergantung kepada saiz buluh yang dibekalkan.
"Harga sebatang lemang bergantung kepada buluh, kalau bersaiz besar dijual pada harga RM10 tetapi jika kecil hanya RM3 sahaja," katanya.