BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stok Simpanan Beras Negara Ditingkatkan Kepada 300,000 Tan Metrik - Mohamad

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,877
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,877
Reaction score
290
Points
146
9593bdf92386e72bad150e375b63688869e5a2d84cb29

Kredit: FB - Mohamad Sabu

Kerajaan menambah stok simpanan beras negara kepada 300,000 tan metrik sebagai langkah persediaan awal menghadapi kemungkinan gangguan bekalan susulan krisis tenaga global.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata langkah itu bertujuan memastikan bekalan beras negara kekal mencukupi dan terjamin, selain menjaga keperluan asas rakyat.

“Kerajaan sentiasa memantau keadaan dan terus bekerja untuk memastikan keperluan asas semua terjaga dengan baik. Pada masa sama, Bang Mat nak ajak semua rakyat untuk terus berjimat cermat dan elakkan pembaziran.

“Insya-Allah, segala usaha ini adalah demi memastikan keterjaminan makanan negara sentiasa kukuh, dan setiap rakyat terus menikmati bekalan mencukupi dan terjamin,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Pada 13 Mac lepas, Mohamad dilaporkan berkata kerajaan bersetuju meningkatkan stok simpanan beras negara hingga tempoh sembilan bulan sebagai langkah awal memastikan keterjaminan bekalan makanan negara susulan ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat.

 
Back
Top
Log in Register