BTC USD 81,115.2 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penjelasan & Maksud Sebenar Solat Daim / Daimun ?

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Penulisan ini ditulis Tuan Ustaz Abdul Rashid Muhamat Akip di laman Facebooknya. Penulisan ini telah disunting bagi memudahkan pembacaan.

Dengan penonjolan seorang individu di media sosial dengan gambaran sebagai pendakwah ahli makrifah atau ahli hakikat atau sebagainya telah membawa banyak kesan buruk dan ketidakadilan masyarakat terhadap pembawakan sebenar ahli hakikat, makrifah dan pelbagai nama yang lain.

Screenshot-2445.jpg

Antara contoh kerosakan yang paling nyata adalah berkenaan dengan tasawur masyarakat terhadap istilah "Solat Daeim", Daimun atau sembahyang Daim.

Asal maksud solat Daeim yang dikemukan oleh punca yang sebenar bukanlah apa yang dipaparkan oleh individu tersebut. Sebagai bukti, saya lampirkan antara coretan karya terdahulu mengenai tasawur solat daeim tersebut.

Teks dari kitab Najmul Huda

1.jpg

2.jpg

Ketahui oleh mu, bahawasanya sembahyang itu beserta tubuh dengan nyawa, kerana amalan tubuh itu beroleh (bahagian/habuan) akan tubuh , dan amalan nyawa itu beroleh akan nyawa.

Dan adapun amalan tubuh itu dinamai beramal (Ibadat zahir), dan amalan nyawa itu dinamai iman .

Dan ertinya amalan nyawa itu sentiasa tiada lalai ia barang sekelip mata jua pun daripada ingat akan zat al bahti (zat diri Tuhan).

Maka inilah yang dinamakan dia dengan SEMBAHYANG DAIEMUN , seperti firman Allah swt :

" وهم على صلاتهم دآئمون " - Maksudnya: "Atas mereka itulah (kewajipan) sembayang kekal sentiasa"

Yakni kekal mereka itu didalam sembahyang.

Maka barang siapa tiada tahu ia akan amalan tubuh (ibadat zahir) dengan nyawa (khusyuk/ibadah batin) maka adalah hidupnya itu tiada sempurna jua adanya.

Dan jikalau nyawa sahaja ada amalan dengan tiada beserta tubuh (ibadah zahir) maka binasalah tubuh itu.

Dan jikalau tubuh sahaja ada amal dengan tiada beserta nyawa maka ( ........ ) "tidak jelas teks".. tubuh itu, yakni hanyutlah daripada mendapat pahala.

Tetapi yang dikehendaki amal itu bagi nyawa jua (tujuan utama), kerana tubuh itu mengikut kelakuan nyawa jua.

Akan tetapi jangan sekali kali meringankan syariat Nabi yang maha mulia yang dinamakan Suluk Istiqamah, dan amalan nyawa itu dinamakan Suluk Hasanah.

Kesimpulan

Screenshot-2446.jpg

Kesimpulan dari teks di atas jelas kita fahami apa yang dimaksudkan dengan solat daeim tidak seperti yang dipaparkan oleh individu yang menjadi kontroversi baru-baru ini dan seangkatan dengannya.

Pada teks tersebut, amalan zahir dan batin perlu bergerak serentak, seandainya hanya ada salah satu sahaja maka akan membawa kepada natijah ibadah yang tidak seperti diharapkan.

Jika hanya amalan zahir tanpa batin maka tiada mendapat pahala, namun sebaliknya hanya sekadar ibadat batin tanpa zahir maka sia-sia dan terbatal serta binasa.

Dari bicara ini maka kita dapat simpulkan bahawa apa yang dibawakan oleh sesetengah individu yang bukan mewakili golongan pendakwah hakikat sebenar, bahkan tidak salah kalau dikatakan bahawa individu ini bagaikan Muktazilah Golongan Pendakwah Hakikat.

Semoga Allah S.W.T memberi hidayah kepada individu ini agar beliau menjadi pemangkin kepada kebangkitan menolak kesesatan yang lain. Amin.

Screenshot-2447.jpg

Kitab Najmul Huda ini saya simpan koleksi almarhum ayahanda saya.

Mohon para sahabat pembaca dapat menghadiahkan Al Fatihah kepada almarhum Muhammad Akip Bin Danah kerana mengenang jasa beliau kita dapat mengetahui kisah sebenar kesilapan tanggapan kepada konsep Solat Daeimun melalui artikel ini.

Abdul Rashid Bin Muhamat Akip
AL Melakawi al Terengkawi al Patinggi Ghafuri

Rujukan;
 
Last edited:
solat dhaimun itu solat yang beserta dengan jiwa dan tubuh. bermakna, ketika tubuh solat, maka jiwa pun solat. kalau tubuh solat, tapi jiwa teringt benda lain ketika solat, maka tidak dinamai dgn solat.

ini yg bapa angkat aku bgtau.

bagaimana asalnya solat dhaim itu,

dalam doa iftitah ada doa tu iaitu .. Wajjah tu wajhiya lillazi fataras samawati wal'ard yang membawa maksud "Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik".

bagaimana nak hadirkan wajah ALLAH, ketika solat, hadirkan wajah kita pada tikar sejadah. atau ketika solat, pandanglah batang tubuh kita dari kaki. dan keatas dan berulang kali. Ianya adalah lebih elok dari hati kita lari ketika sdg solat.
 
"Dan ertinya amalan nyawa itu sentiasa tiada lalai ia barang sekelip mata jua pun daripada ingat akan zat al bahti (zat diri Tuhan).

Maka inilah yang dinamakan dia dengan SEMBAHYANG DAIEMUN , seperti firman Allah swt :

" وهم على صلاتهم دآئمون " - Maksudnya: "Atas mereka itulah (kewajipan) sembayang kekal sentiasa"

Yakni kekal mereka itu didalam sembahyang"

Hakikat solat itu meningati Allah. Siapa yg mampu solat daiemun (mengekalkan ingatan pada Allah sepanjang masa) InsyaAllah akan terasa hebat amalan solat/ibadah sama ada fardu/sunat.

Mencapai tahap Ehsan "beribadah seolah2 melihat Allah, sekiranya tidak mampu ,terasa diri dilihat oleh Allah"
Bahkan perkara ini berlarut2 dalam kehidupan seharian.

Terasa segala perbuatan kita dilihat Allah
Terasa segala percakapan kita didengari Allah
Terasa Allah tahu bisik2 hati kita
Terasa Allah tahu fikiran kita
Terasa segala yg dihadap wajah Allah.
Terasa Allah itu ada sentiasa.

Terasa hilang wujud diri
Yang wujud hanya Allah
 
bro faham ke ? aku tak faham.
Solat 5 waktu tu umpama air nikmat yg kita minum yg sedapnya xterhingga..solat daimun tu..nikmat sedap air tu terbawa2 selepas abis minum tu..
Jadi..nk dpt tu kene solatlah..solat sampai kita semakin dekat,dpt hawa2 sejuk air,dan teruskan lagi..aehingga kene tempias air..sehingga mandi..teruskan solat sehingga dpt minum..barulah betul..kalau ilmu ada,buat x..sembang je la..dia sendiri baru berjalan dh patah balik..org lain dgn ilmu..jauh berjalan walaupun xjumpa lagi..xberenti solat 5waktu...walaupun kita buat solat belum dpt..tp ilmu dan usaha tu kene ada..sebab setiap langkah tu..tuhan amik kira..walaupun xberjaya sampai kesitu..jadi..kene ada ilmu dan amal..agar dpt buahnya..jika semBang..akan byk dustanya..sebab tu org xcerita byk spt lepat duk cerita tu..sebab ilmu hakikat ni..cerita bab ilmu yg kene amal dulu..kene ada guru yg sahih..kalau malas..xyah sembang lah..baik sembang pasal bumi rata ke..teknologi ke..akhirzaman bagai2..huhu
 
Last edited:
solat dhaimun itu solat yang beserta dengan jiwa dan tubuh. bermakna, ketika tubuh solat, maka jiwa pun solat. kalau tubuh solat, tapi jiwa teringt benda lain ketika solat, maka tidak dinamai dgn solat.

ini yg bapa angkat aku bgtau.

bagaimana asalnya solat dhaim itu,

dalam doa iftitah ada doa tu iaitu .. Wajjah tu wajhiya lillazi fataras samawati wal'ard yang membawa maksud "Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik".

bagaimana nak hadirkan wajah ALLAH, ketika solat, hadirkan wajah kita pada tikar sejadah. atau ketika solat, pandanglah batang tubuh kita dari kaki. dan keatas dan berulang kali. Ianya adalah lebih elok dari hati kita lari ketika sdg solat.
Maaf saudara..saudara mwnyebar fitnah besar..yg boleh menyebabkan org lain sesat dgn cara solat saudara..
 
Moga Allah beri TT hidayah..
 
Maaf saudara..saudara mwnyebar fitnah besar..yg boleh menyebabkan org lain sesat dgn cara solat saudara..

Maaf,
ini yg pelajari secara mendalam dari beberapa org guru termasuk bapa angkat sy dan juga dengan arwah bapa saudara saya, seorang seorang mufti di Brunei. Mungkin, tuan berguru lagi ramai dgn guru hebat, boleh lah terangkan disini secara ilmiah apa itu solatuldhaim.
 
Back
Top
Log in Register