Nolimitzone
Junior Member
- Messages
- 57
- Joined
- Oct 14, 2016
- Messages
- 57
- Reaction score
- 5
- Points
- 11
PEMBOHONGAN SKIM PONZI BITKINGDOM
Pengenalan Bitkingdom
Sekitar tahun lepas satu program pelaburan bernama BITKINGDOM muncul dengan janji pulangan pelaburan 1% setiap hari. Mata wang yang digunakan pada mulanya adalah bitcoin. Program ini seumpama dengan GWGfx, VGMC, Swiss Cash yang menggunakan medium forex, cuma kali ini matawang bitcoin(btc) telah dimanipulasikan untuk kegiatan ini.
HAKIKAT DAN KEBENARAN
1. Bitkingdom hanyalah satu skim piramid/ponzi yang menjual nama bitcoin kepada pelabur, bitcoin cukup dikenali sebagai emas alam maya kerana sifat dan fungsinya seperti emas.
.
2. Bakal2 pelebur didalam seminar dimomokkan dengan kelebihan bitcoin, potensi bitcoin dan kelebihan bitcoin, dan pelabur dijanjikan pulangan 1% sehari. Bila dah teruja dengan bitcoin pasti pelebur akan percaya dengan bitcoin tanpa memahami bagaimana Bitkingdom berfungsi. Dalam erti kata lain, mereka memahami bitcoin adalah bitkingdom,
.
3. Dalam konteks bitcoin (btc), matawang emas maya ini memang boleh mendatangkan keuntungan, cuma dengan dua cara, yaitu BELI DAN SIMPAN tunggu dia naik harga, dan lagi satu, MINING bitcoin tersebut. Berbeza dengan bitkingdom yang menjanjikan pulangan tetap 1% setiap hari.
.
4. Sumber keuntungan Bitkingdom adalah dari penyertaan ahli - ahli baru, namun mereka pandai dengan menjanamakan semula sebagai fungsi get help/ provide help. Yang mana ia membawa maksud yang sama, sumber kewangan adalah dari penyertaan ahli baru.
.
5. Pada tahun lepas, bitkingdom mampu untuk bertahan selama 3 bulan jika tiada ahli baru yang menjerluskan diri dalam skim ini, kerana mereka dijanjikan pulangan sebanyak 1% setiap hari, tapi seperti yang saya jangka, semakin ramai ahli skim piramid, semakin cepat skim akan jatuh, jadi baru2 ini bitkingdom dah kurangkan jadi 0.5% pulangan setiap hari membolehkan bitkingdom untuk hidup sedikit lebih lama.
.
6. Keuntungan yang dijana hanya dalam atas kertas, kerana sebelum untuk peroleh pulangan tersebut, para pelabur perlu tukarkan dari bkc ke btc, yang mana terang2 BKC bukan matawang crypto currency seperti btc, bkc hanyalah rekaan mereka sahaja.
.
7. Sebagai bukti akan hal ni, telah ramai yang mengadu kerana tidak dapat tukarkan dari bkc ke btc, komen2 mereka walaubagaimana pun dipadam oleh admin page bitkingdom, tapi saya sempat screenshot komen yg belum sempat dipadam admin bitkingdom.
.
8. Antara penipuan besar yang sedang dijalankan pihak bitkingdom adalah menukarkan penggunaan bitcoin dengan matawang ciptaan mereka sendiri, yaitu aureus. Dan mendakwa harga aureus sudah cecah 60usd, Saya disini mohon para pelebur untuk cuba cari wujudkah matawang aureus ini? atau hanya sekadar bohongan lagi?
.
9. Tiada pelaburan yang patuh syariah menjanjikan pulangan tetap, sebagai contoh kwsp patut syariah yang diperkenalkan baru2 ini tidak menjanjikan pulangan.
.
10. "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko (bermakna tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti menjamin keelokkan barangan yang dijual jika melibatkan jual beli)" [Hadith riwayat Imam As-Syafie, Imam Ahmad, Imam Ibn Hibban, Imam Abu Daud : no 3508 ; Menurut Syaikh Albani : Hadith ini Hasan], hadith ini bertentangan dengan semua skim ponzi/piramid yang menjanjikan pulangan tetap setiap hari.
.
11. INGAT, prinsip skim piramid adalah cari downline, sifat piramid adalah tapaknya lebih besar dari puncak, Sampai masa nanti, bila downline di bawah tak cukup untuk tampung beban upline, piramid itu sendiri akan tumbang.
kalau ada kawan2 anda yang dah join skim bitkingdom ni, tag diorang. Oh ye, memandangkan diorang dah pakai aureus, nama bitkingdom dah boleh tukar jadi aukingdom, atau aurkingdom. Hoho
.
~Brader Kacak~
Copy paste dri fb