BTC USD 77,677.1 Gold USD 4,393.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mface Club : Mfcclub - www.mfcclub.com

Wanita bergelar Datuk Seri, pengarah syarikat didakwa jalankan skim piramid

image.jpg

KETIGA-tiga tertuduh iaitu, Lai Chai Shuang (dua dari kanan), Chai Ling Mooi (dua dari kiri) dan Wong Tat Foong (tengah belakang) dibawa ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mempromosi dan menjalankan perniagaan tanpa lesen sah Skim Piramid tahun lalu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/FARID JANUDIN

KUALA LUMPUR 8 Mei - Tiga pengarah syarikat pelaburan termasuk seorang wanita bergelar Datuk Seri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan berasingan terlibat dengan skim piramid serta menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa lesen.

Tertuduh, Datuk Seri Lai Chai Shuang, 49; Chai Ling Mooi, 48 dan Wong Tat Foong, 40, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dikemukakan selesai dibacakan di hadapan Hakim Manira Mohd. Noor.

Berdasarkan pertuduhan, Chai Shuang yang merupakan Pengarah Monspacemall Sdn. Bhd. didakwa telah menyebabkan Skim Piramid dipromosikan iaitu Skim Monspace.
Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 27B, Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 27B(2)(b) akta sama.

Untuk pertuduhan kedua, tertuduh sebagai jawatan sama didakwa telah menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa memegang suatu lesen yang sah yang dikeluarkan oleh Pengawal Jualan Langsung di bawah Seksyen 6 Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.

Sementara dua lagi pengarah syarikat tersebut iaitu Tat Foong dan Ling Mooi pula didakwa menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa lesen sah serta mempromosi skim piramid yang didakwa mengikut Seksyen yang sama.

Kesemua perbuatan tersebut didakwa dilakukan di dua buah premis di Jalan Jalil 1, Bumi Bukit Jalil, Lebuhraya Sungai Besi-Puchong di sini antara 14 Jun hingga 19 Julai 2017.


http://www.utusan.com.my/berita/mah...k-seri-didakwa-jalankan-skim-piramid-1.897018
 
3 pengarah MonSpace didakwa

KUALA LUMPUR: Tiga pengarah syarikat pelaburan multinasional MonSpace termasuk seorang wanita bergelar Datuk Seri, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mempromosi dan menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa lesen Skim Piramid, tahun lepas.


Tertuduh, Datuk Seri Lai Chai Shuang, 49; Wong Tat Foong, 40, dan Chai Ling Mooi, 48, yang kesemuanya pengarah Syarikat Monspacemall Sdn Bhd, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Manira Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan pertama, Lai selaku pengarah syarikat itu didakwa telah menyebabkan Skim Piramid dipromosikan iaitu Skim Monspace yang didakwa mengikut Seksyen 27B, Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 27B(2)(b) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM500,000 dan tidak lebih RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh atas jawatan sama didakwa telah menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa memegang suatu lesen yang sah yang dikeluarkan oleh Pengawal Jualan Langsung di bawah Seksyen 6 Akta Juala Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(2)(b) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dua lagi pengarah syarikat tersebut iaitu Wong dan Chai masing-masing didakwa menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa lesen yang sah dan mempromosi skim piramid mengikut seksyen sama.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di dua buah premis di Jalan Jalil 1, Bumi Bukit Jalil, Lebuhraya Sungai Besi - Puchong, di sini antara 14 Jun hingga 19 Julai 2017.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Chiew King menawarkan ikat jamin RM1 juta terhadap Lai, RM50,000 kepada Wong dan RM500,000 terhadap Chai selain syarat tambahan supaya pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Ketiga-tiga tertuduh yang diwakili peguam Andy Yong Kim Seng memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan dengan alasan ketiga-tiga tertuduh mempunyai tanggungan keluarga.

“Kesemua anak guam saya juga turut memberikan kerjasama yang baik terhadap pihak berkuasa sepanjang siasatan dijalankan,” katanya.

Hakim Manira membenarkan Lai diikat jamin RM400,000, Wong RM20,000 dan Chai RM200,000 serta memerintahkan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 14 Jun untuk sebutan semula kes. - BERNAMA


https://www.bharian.com.my/berita/k...-pengarah-monspace-didakwa-anjur-skim-piramid
 

Teow ditahan, permohonan bawa pulang sedang dalam proses​

  • July 26, 2022


    1658983730841.png

    Teow Wooi Huat dibawa ke balai polis di daerah Sadao di Songkhla selepas ditahan awal pagi Jumaat atas tuduhan pengubahan wang haram. - Foto AGENSI



KUALA LUMPUR, Jul 26: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan ahli perniagaan yang menjadi buruan Teow Wooi Huat kini ditahan pihak berkuasa Thailand.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata suspek merupakan individu yang disiasat oleh PDRM di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu.

“PDRM kini sedang dalam proses permohonan untuk penama dihantar pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Sebelum ini, visa ahli perniagaan terbabit telah dibatalkan dan berada dalam senarai Notis Merah Interpol.

Teow mengasaskan MBI Group dan mengendalikan kompleks hiburan termasuk resort di bandar Danok di sempadan Thailand-Malaysia dan turut membina empayar perniagaan daripada skim pelaburan dalam talian yang memikat pelabur dari China, Thailand, Malaysia, Indonesia dan Macau.

Pada 2017, Teow pada mulanya telah ditahan Biro Kawalan Narkotik (NSB) Thailand atas tuduhan kesalahan dadah, namun dia melarikan diri dari Songkhla dan terlepas daripada hukuman mati.

Pada 2019, pihak berkuasa Malaysia membekukan 91 akaun bank berjumlah RM177 juta yang dikaitkan dengan MBI Group International ketika itu. Bank Negara telah menyenaraikan syarikat itu sebagai syarikat yang menjalankan skim kewangan meragukan. – Bernama



1658983936135.png
 
Back
Top
Log in Register