Mface Club : Mfcclub - www.mfcclub.com

Recommended Brokers


Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,927
Reaction score
20,720
Points
1,661
Pengasas MBI Marketing didakwa


PENGASAS syarikat perusahaan internet, Teow Wooi Huat, 52 didakwa atas pertuduhan mengeluarkan instrumen pembayaran yang tidak diluluskan Bank Negara Malaysia (BNM) di Mahkamah Sesyen Ampang, Selangor hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

KUALA LUMPUR 30 Mei - Seorang pengasas syarikat perusahaan internet mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas dua pertuduhan mengeluarkan instrumen pembayaran wang elektronik yang tidak diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), sejak enam tahun lalu.

Teow Wooi Huat, 52, yang merupakan pengasas syarikat MBI Marketing Sdn. Bhd. dan Mface International Sdn. Bhd. didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di sebuah premis di Ampang Avenue dekat sini antara 3 Jun 2012 dan 17 Mac 2018.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Wooi Huat sebagai orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan hal ehwal MBI Marketing dan Mface International didakwa telah mengeluarkan suatu instrumen pembayaran yang telah ditetapkan tanpa kelulusan iaitu wang elektronik yang diperuntukkan di bawah Seksyen 24(1) Akta Sistem Pembayaran 2003.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 25(1) Akta Sistem Pembayaran 2003 dibaca bersama jadual, nombor siri 15, akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu Pegawai Pendakwa daripada BNM, R. Hardeep Kaur mencadangkan jaminan RM150,000 bagi setiap pertuduhan manakala peguam, M. Mahendra memohon jumlah jaminan itu dikurangkan atas alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga.

“Pada masa sama, akaun syarikat tertuduh telah dibekukan. Jadi, saya memohon jumlah jaminan yang rendah,” kata Mahendra.

Hakim Azrul Darus kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan sebutan kes pada 11 Julai ini.

Difahamkan, pengeluaran instrumen pembayaran yang ditetapkan di bawah Akta Sistem Pembayaran 2003 memerlukan kelulusan daripada BNM untuk memulakan operasi malah pengendali sistem itu dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen kepada BNM dan dibenarkan beroperasi selepas menerima pemberitahuan bertulis.

Akhbar sebelum ini melaporkan, pada tahun 2011 tertuduh pernah dipenjara sehari dan didenda RM90,000 oleh Mahkamah Sesyen sama selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menipu 93 pelabur berkaitan pelaburan program yang dipanggil Island Red Cafe.


http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/pengasas-mbi-marketing-sdn-bhd-sekali-lagi-didakwa-1.682259#ixzz5H1njqAOA
 

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,541
Reaction score
231
Points
83
semalam terjumpa keta penuh tampal stiker mface
huhuh tak buang2 lagi stiker tuh...
x sedar dah kena klepet...
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,927
Reaction score
20,720
Points
1,661
72 akaun bank skim piramid Monspace Group bernilai RM5.867 juta dibekukan - Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP

 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,927
Reaction score
20,720
Points
1,661
72 akaun bank dibekukan



PUTRAJAYA: Sebanyak 72 akaun bank membabitkan sejumlah RM5.867 juta dibekukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi membantu siasatan berhubung skim piramid dijalankan sebuah syarikat.


Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata, akaun yang dibekukan itu terdiri daripada 25 akaun syarikat dan 47 akaun individu susulan serbuan Ops Coin ke atas 16 premis secara serentak jam 11 pagi, semalam.

Menurutnya, serbuan itu dijalankan di sebuah premis di Ipoh, Perak dan 15 lagi premis di sekitar Lembah Klang membabitkan empat premis perniagaan, lapan kediaman dan tiga pusat (server) syarikat itu.

"Berikutan itu, kita merampas barangan seperti komputer dan pelbagai produk syarikat bernilai RM980,352 selain menyita wang tunai asing antaranya Euro, Yuan dan Dolar AS bernilai RM93,879.20.

"Kami turut membekukan proses dan transaksi pindah milik membabitkan 26 buah kenderaan bernilai RM6.238 juta namun tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan, sebuah syarikat multinasional beribu pejabat di ibu negara diserbu penguatkuasa KPDNHEP Putrajaya kerana disyaki terbabit menjalankan skim piramid.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi itu, 'drama' bermula apabila pihak kawalan keselamatan premis di Jalan Jalil, Bukit Jalil itu enggan membuka pintu premis walaupun sudah menunggu hampir 10 minit.

Serbuan dijalankan pihak Pasukan Tindakan Khas Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Negara (NRRET) Jabatan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia, Cyber Security, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Difahamkan, syarikat berkenaan yang diketuai seorang wanita bergelar Datuk Seri, menjalankan pelbagai perniagaan seperti telekomunikasi, hartanah, pelaburan, hiburan dan hospitaliti, namun perniagaan mereka didapati menjalankan skim piramid.

Mohd Roslan berkata, tindakan serbuan terhadap syarikat itu susulan enam aduan diterima tahun lalu daripada orang awam dengan satu daripadanya ialah penggunaan logo Bank Negara Malaysia.

"Pengasas syarikat ini memberikan kerjasama kepada kita berhubung siasatan yang dijalankan," katanya.

Ditanya mengenai modus operandi, beliau berkata, seorang ahli yang menyertai skim berkenaan perlu mencari dua lagi pelabur di bawahnya dan seterusnya, setiap seorang pelabur baharu itu perlu mencari dua pelabur lain.

Katanya, lot yang ditawarkan berharga antara RM500 hingga RM5,000 dan pulangan diterima berdasarkan jumlah pelaburan dibuat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 27B, Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993, suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian dan pertubuhan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM1 juta dan tidak lebih RM10 juta.

Katanya, bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak kurang daripada RM10 juta atau tidak lebih RM50 juta.

"Jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak kurang RM500,000 dan tidak lebih RM5 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

"Bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang RM1 juta dan tidak lebih RM10 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya," katanya.

Selain itu, Mohd Roslan berkata, jika disabitkan kesalahan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001), boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/453652/skim-piramid-72-akaun-bank-dibekukan
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,927
Reaction score
20,720
Points
1,661
 

bob76

Legendary Member
Joined
Jul 7, 2010
Messages
16,281
Reaction score
70
Points
120
ingatkan ac mizal salah seorang founder mface
 

cyber99

Fun Poster
Joined
Mar 5, 2011
Messages
796
Reaction score
81
Points
20
Saya nak kongsi sikit lah tentang kes MBI ini ada ramai orang yang mempertahankan haram atau tak haram.

MBI memang buat banyak bisnes
Buat business pembinaan MBI Desaku tak haram
Buat App MULA untuk bisnes e-hailing tak haram
Ada bisnes hotel di Thailand dan juga partner hotels untuk member member dia pun tak haram.
Ada MFC fanclub pun tak haram.
Bina shopping mall M-mall, pun tak haram.
Dia ada product dia sendiri untuk member dia pun tak haram.

Semua di atas ada didaftar dan lesen perniagaan.

Yang haram itu adalah punca dan sumber kewangan dia yang begitu besar, dengan mengutip wang dari orang ramai tanpa lesen dan kelulusan dari BNM dan Suruhanjaya Sekuriti.

Bank bank dan institusi kewangan saja dilesenkan oleh bank negara saja boleh terima deposit wang dari orag ramai.

Jika nak buat syarikat dan mengutip wang pelaburan dari orang ramai, maksud itu kena buat IPO (Initial Public Offering) kena dapat kelulusan dari Suruhanjaya Sekuriti, maksudnya syarikat dia menjadi syarikat public listed (BHD) , dan bukan lagi SDN BHD. Sesiapa saja boleh membeli saham syarikat dia, dan nilai saham syarikat dia boleh diapungkan , didagangkan di bursa saham.

Tapi syarikat ini, dua dua di atas pun tak buat, maksudnya tak ikut undang undang, tapi ambil jalan ponzi dan money game, itu lah yang haram.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register