BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peningkatan suhu dunia

saa1394

Active+ Member
Messages
3,740
Joined
Jan 13, 2010
Messages
3,740
Reaction score
29
Points
30
WASHINGTON - Di tengah kebimbangan warga dunia akan masalah pemanasan global, Badan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) melaporkan jika suhu di bumi mencapai titik terpanasnya pada bulan Jun lalu.

Menurut Pusat Data Iklim Nasional, berdasarkan data gabungan suhu permukaan darat dan laut, didapati pada Januari-Jun dan April-Jun sebagai tempoh suhu terpanas di bumi. Data ini telah diukur semula selepas membandingkannya data dari tahun 1880. Demikian diberitakan AFP, Jumat (16/7/2010).
Pada Jun rata-rata suhu gabungan sekitar 16.22 darjah Celsius naik 0.67 dari abad ke-20 sekitar 15.5 darjah Celsius. NOAA menambah, suhu tinggi ini tersebar merata hampir di seluruh dunia beberapa bulan terakhir, fakta paling jelas nampak di Peru, Amerika Tengah, Amerika Timur, kemudian di Asia Timur dan Barat. Sebaliknya, suhu sejuk terdapat di Scandinavia, China Selatan dan Amerika Utara, Barat.
Pusat Iklim Beijing mendapati fakta, jika di Mongolia, Heilongjiang dan Jilin, juga dilanda suhu terpanas pada Jun. Itu terjadi sejak pengiraan pada 1951. Sementara Guizhou sebagai daerah terdingin sejak Jun. Di Sepanyol, suhu pada Jun amat sejuk selama 13 tahun terakhir, sesuai dengan permukaan negaranya.
Lain halnya dengan suhu permukaan laut yang suhunya berkisar pada rata-rata 0.54 darjah celcius. Menurut NOAA, suhu Lautan Atlantik dianggap sebagai dalam keadaan hangat.
 
panas betul 1-2 hari ni, 1st raye hari tu elok je mendung #:-S
 
aku dengar cete yg ais kat kutub utara semakin cair dan boleh menyebabkan paras air laut semakin meningkat naik.....
 
jd...apa yg kita kena lakukan??takkan nk berserah je..
 
kita kena la amalkan kitar semula,
banyakkan tanam pokok....
 
paling senang....cuba kurangkan menggunakan plastik.
industri bioherba mesia dh berjaya hasilkan pembungkus makanan yang boleh terurai..menarik tuh.
 
Dunia dah semakin tua..
Inilah balasan alam kepada manusia..
Ini yg kita bagi untuk gererasi akan datang..


 
Peringatan demi peringatan terus menerus mengingatkan kita akan akhir zaman. Sama2 la kita tingkatkan usaha utk dunia dan bekalan diakhirat.
 
Back
Top
Log in Register