BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peningkatan Kos, Perkhidmatan Feri Labuan-Kota Kinabalu Digantung Sementara

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,710
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,710
Reaction score
97
Points
80
51f53e5975c88c663b5b1422d6f17f8e69cdf1631266d

52efcb256926b70dc50d253c49a273e469cdf1afcc4bb

Perkhidmatan feri ekspres Labuan-Kota Kinabalu-Labuan digantung sementara berkuat kuasa minggu lepas susulan peningkatan kos bahan api dan caj pendaratan yang tinggi di Terminal Jeti Jesselton, Kota Kinabalu.

Perkhidmatan feri ekspres Labuan-Kota Kinabalu-Labuan digantung sementara berkuat kuasa minggu lepas susulan peningkatan kos bahan api dan caj pendaratan yang tinggi di terminal jeti Jesselton di Kota Kinabalu.

LDA Holdings Sdn Bhd, syarikat pengurusan bagi Terminal Feri Antarabangsa Labuan, memaklumkan keputusan itu dibuat selepas kos operasi menjadi semakin tidak berdaya maju bagi pengendali feri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Noor Halim Zaini berkata perkhidmatan tersebut yang disambung semula hampir setahun lalu selepas terhenti akibat pandemik COVID-19, menawarkan pilihan perjalanan terus dan lebih mudah antara Labuan dan Kota Kinabalu tanpa perlu transit melalui Menumbok.

“Perkhidmatan feri ini telah memberi manfaat besar kepada penumpang dengan menawarkan laluan terus antara Labuan dan Kota Kinabalu serta sebaliknya, selain menyumbang kepada peningkatan pergerakan pelawat antara kedua-dua destinasi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata semasa pengoperasian semula perkhidmatan tersebut, Jabatan Wilayah Persekutuan telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi pembinaan kemudahaan pontun untuk membolehkan pendaratan feri serta memudahkan proses naik dan turun penumpang.

Walau bagaimanapun, Noor Halim berkata peningkatan mendadak kos bahan api, ditambah dengan caj pendaratan yang tinggi di terminal jeti Jesselton telah memberi tekanan kewangan yang ketara kepada pengendali feri.

Beliau berkata walaupun penumpang warga Malaysia menikmati subsidi 50 peratus bagi tambang feri, tiada subsidi yang sepadan untuk bahan api, sekali gus meningkatkan cabaran operasi.

“Kami berharap kerajaan akan melihat isu ini kerana ia bukan sahaja menjejaskan pengendali feri tetapi juga memberi implikasi kepada pengembara dan sektor pelancongan,” katanya.

Pengantungan perkhidmatan feri tersebut dijangka memberi kesan kepada aliran pelancongan dan perhubungan antara Labuan dan ibu negeri Sabah itu, khususnya bagi pengembara yang memilih laluan laut secara terus.

 
Back
Top
Log in Register