Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,780
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,780
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Perkhidmatan Feri RORO Batam-Johor Dijangka bBermula Pertengahan 2027
Pengarah Operasi dan Transformasi PT ASDP Indonesia Ferry (Persero), Rio Theodore Natalianto Lasse.
Perkhidmatan feri antarabangsa Roll-on-Roll-off (RORO) Batam-Johor yang dicadang dilaksanakan bagi menghubungkan Pelabuhan Bintang 99 Persada di Batam, Indonesia dengan Tanjung Belungkor di Kota Tinggi, dijangka mula beroperasi menjelang pertengahan tahun hadapan.
Pengarah Operasi dan Transformasi PT ASDP Indonesia Ferry (Persero) Rio Theodore Natalianto Lasse berkata persiapan giat dijalankan dengan Pelabuhan di Batam bersedia untuk beroperasi manakala penambahbaikan kemudahan masih diperlukan di Tanjung Belungkor sebelum feri RORO boleh berlabuh di situ.
Beliau berkata pihaknya menjangkakan feri RORO yang akan digunakan bagi laluan berkenaan siap tahun ini selain rundingan dengan pengendali pelabuhan serta pihak pelabur sedang berjalan.
“Diharapkan perkhidmatan ini (feri RORO) dapat dimulakan pada pertengahan tahun depan namun semuanya bergantung kepada peraturan yang ditetapkan kerajaan,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) mengenai Laluan Antarabangsa RORO Batam-Johor di sini semalam.
Turut hadir Konsul Jeneral Indonesia di Johor Bahru Sigit S. Widiyanto.
Rio berkata perbincangan telah diadakan dengan Kerajaan Malaysia, khususnya Kementerian Pengangkutan dan Kerajaan Negeri Johor, sekali gus menerima maklum balas positif berhubung cadangan penyediaan perkhidmatan pegangkutan terbabit.
“Semangat untuk merealisasikan (perkhidmatan feri RORO) memang ada namun menterjemahkannya kepada pelan tindakan bukanlah sesuatu yang mudah. ASDP sedang berusaha ke arah itu dan menggalakkan pihak Malaysia mempercepat proses berkenaan,” katanya.
Beliau berkata Tanjung Belungkor dipilih kerana kedudukannya berhampiran Batam selain memiliki infrastruktur sedia ada yang dianggarkan 80 hingga 90 peratus telah lengkap.
Rio berkata kemudahan yang dibina pada 2002 itu masih belum dimanfaatkan sepenuhnya, sekali gus memberi peluang kepada infrastruktur sedia ada digunakan bagi perkhidmatan yang dicadangkan itu.
Loading…
www.bernama.com