BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga Rugi Lebih RM100,000 Diperdaya Sindiket Pelaburan Dalam Talian

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
26655242a2cf0a67560fd12616623f3766b5842a35896


Seorang peniaga lelaki kerugian sebanyak RM100,900 selepas diperdayakan sindiket penipuan pelaburan dalam talian, Disember tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa berusia  35 tahun mendakwa menerima mesej daripada seorang pelanggan lelaki Indonesia melalui WhatsApp pada 16 Dis 2025.

Beliau berkata suspek menawarkan mangsa menjadi rakan kongsi pelaburan saham dan menunjukkan pelbagai gambar serta dokumen sebagai bukti keuntungan.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu membuat 15 transaksi berjumlah RM100,900 ke 15 akaun dari 17 Dis 2025 hingga 24 Jan.

“Selain wang simpanan, mangsa menjual lima motosikal dan membuat pinjaman dengan rakan serta saudara terdekat untuk dijadikan modal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa membuat laporan pada 6.07 petang semalam setelah gagal mendapatkan keuntungan dan tidak dapat menghubungi suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 
iklan telegram nie biasenye...

modus nye guna testimoni ..
 
Back
Top
Log in Register