BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengurusan Kes Saman Farhash Wafa Terhadap Chegubard, Pempengaruh Pada 19 Jun

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pengurusan Kes Saman Farhash Wafa Terhadap Chegubard, Pempengaruh Pada 19 Jun​

00d7f5e62ec8bdd34ff5d6586b8a3a166a0c32687859b

Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 19 Jun ini untuk pengurusan kes saman fitnah difailkan ahli perniagaan Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak terhadap aktivis Badrul Hisham Shaharin, dan seorang pempengaruh atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dalam satu temu bual pada Mei tahun lepas.

Hakim Arziah Mohamed Apandi turut memerintahkan Badrul Hisham atau dikenali sebagai Chegubard dan pempengaruh Nurpais Ismail memfailkan pernyataan pembelaan mereka dalam masa tujuh hari bermula hari ini, dan mengarahkan plaintif memfailkan jawapan kepada pembelaan dalam tempoh 14 hari.

Terdahulu, Arziah membenarkan permohonan kedua-dua defendan untuk mengetepikan penghakiman mahkamah sebelum ini yang memerintahkan mereka membayar ganti rugi RM550,000 kepada Farhash Wafa.

Kedua-dua defendan telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan penghakiman bertarikh 29 Jan lepas, yang telah diberikan oleh Arziah kepada plaintif selepas perbicaraan yang dijalankan tanpa kehadiran defendan-defendan.

Penghakiman itu telah diputuskan oleh mahkamah selepas perbicaraan yang mahkamah pada masa itu telah berpuas hati bahawa penyampaian writ saman dan pernyataan tuntutan telah disempurnakan melalui serahan ganti, dan seterusnya meneruskan perbicaraan secara sebelah pihak, iaitu dengan mendengar keterangan seorang plaintif sahaja, iaitu Farhash Wafa.

Dalam keputusan hari ini, Arziah berkata mahkamah mendapati penyampaian writ saman terhadap kedua-dua defendan adalah cacat kerana defendan-defendan telah mengemukakan bukti bahawa mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang prosiding kes saman itu sehingga selepas penghakiman disampaikan pada 29 Jan 2026.

"Defendan pertama (Badrul Hisham) menafikan menerima sebarang dokumen mahkamah dan menyatakan bahawa alamat-alamat yang digunakan untuk penyampaian writ saman bukan lagi tempat kediamannya pada masa material. Beliau juga menyatakan bahawa dokumen dihantar melalui kurier telah diterima oleh individu yang tidak dikenali dan tidak diberi kuasa olehnya," kata hakim itu.

Arziah berkata mahkamah mendapati plaintif telah mengambil langkah munasabah dan menyeluruh untuk menyampaikan kertas-kertas kausa kepada defendan pertama berdasarkan alamat yang diperoleh daripada rekod prosiding terdahulu dalam kes saman berlainan di mana defendan pertama telah mengesahkan alamat-alamat tersebut secara bersumpah.

"Tindakan saman terdahulu adalah pada tahun 2024 dan mahkamah juga mendapati tiada carian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dibuat oleh plaintif bagi mendapatkan alamat terkini defendan pertama yang sah berdaftar," katanya.

 
Back
Top
Log in Register