Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,770
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,770
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Datin Seri Rosmah Mansor (Gambar fail)
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 10 Jun sebagai tarikh untuk keputusan kes saman berjumlah USD14.57 juta difailkan syarikat barang kemas dari Lubnan, Global Royalty Trading SAL terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kehilangan lebih 40 barang kemas.
Hakim Datuk Quay Chew Soon menetapkan tarikh tersebut, selepas pendengaran kes saman itu selesai hari ini dengan Chong Tong Leong yang merupakan saksi keenam bagi Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia selaku pihak ketiga dalam kes saman itu, selesai memberi keterangan.
“Mahkamah menetapkan 13 Mei untuk pihak-pihak memfailkan hujahan bertulis dan hujahan balas perlu difailkan pada 28 Mei. Keputusan ditetapkan pada 10 Jun, jam 9 pagi melalui Zoom,” kata hakim itu.
Terdahulu, Chong, 53, yang bekerja sebagai kontraktor pengubahsuaian dalaman menerusi pernyataan saksinya berkata beliau menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian di sebuah unit kondominium di Pavilion Residences antara Mac hingga Mei 2018, selepas dihubungi pemilik unit dikenali sebagai Nadziff.
Bagaimanapun, beliau berkata pada 14 Mei 2018 lebih kurang 11 pagi hingga 12 tengah hari, beliau kembali ke rumah dua tingkat berkenaan untuk membuat pemeriksaan sebelum pendingin hawa dipasang dan mendapati beberapa beg besar berada di dalam sebuah bilik di tingkat bawah, sedangkan beg-beg itu tidak ada di situ sebelum ini.
“Melihat keadaan itu, saya terus keluar dari unit tersebut dan menghubungi Nadziff sebelum diminta untuk memberhentikan dahulu kerja-kerja pembaikan di unit tersebut. Saya telah memulangkan kad akses dan kunci unit tersebut setelah selesai pengubahsuaian,” katanya.
Chong berkata kerja pengubahsuaian itu bernilai kira-kira RM10,000 melibatkan pembaikan keseluruhan unit termasuk pendingin hawa dan dijalankan bersama seorang pekerja tempatan serta lima pekerja warga Myanmar dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari, mengikut peraturan pengurusan bangunan.
Beliau turut memaklumkan kerja pengubahsuaian itu ditangguhkan selama dua minggu pada awal Mei 2018 sementara menunggu pendingin hawa tiba.
“Hanya saya sahaja yang boleh masuk ke unit itu dan saya akan sentiasa bersama-sama dengan pekerja semasa menjalankan kerja-kerja pembaikan sehinggalah kerja-kerja selesai pada setiap hari,” katanya.
10 Jun Keputusan Kes Saman Syarikat Barang Kemas Lubnan Terhadap Rosmah
Mahkamah Tinggi, Rosmah Mansor, Global Royalty, ba