BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengurus Syarikat Rugi RM167,050 Terperdaya Sindiket Pinjaman Wang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Pengurus Syarikat Rugi RM167,050 Terperdaya Sindiket Pinjaman Wang​

4398364b400ccc4d0dd8dc1236ee58fc6763f4a115062


Seorang pengarah syarikat kerugian RM167,050 selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket pinjaman tidak wujud yang ditawarkan secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Yusof Othman berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa lelaki berusia 36 tahun itu pada semalam, berhubung penipuan pinjaman yang dipercayai diiklankan menerusi Facebook menggunakan nama sebuah bank terkemuka.

Beliau berkata kejadian bermula pada 21 Mei lepas apabila mangsa tertarik dengan iklan pinjaman peribadi yang menawarkan kelulusan pantas.

“Suspek kemudian meminta mangsa membuat beberapa bayaran kononnya bagi tujuan proses dan kelulusan pinjaman.

“Mangsa telah melakukan sembilan transaksi pindahan wang ke dalam sembilan akaun berbeza secara berperingkat untuk mendapatkan jumlah pinjaman yang dipersetujui, iaitu sebanyak RM500,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusof berkata mangsa menyedari dirinya ditipu selepas gagal menerima pinjaman seperti dijanjikan sebelum membuat laporan polis semalam.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

 
nak pinjam 500k, sekali lebur 167k. kesian.

kawan saya dulu kena macam ni lah. dia nak pinjam duit saya. sbb nak bayar "yuran pemprosesan". dia dah bayar 300. pastu scammer kata dokumen tak kuat. kena tambah 800 supaya boleh lulus. dia pinjam 25k. so dia kata dapat duit tu nnti dia ganti balik. tapi memang betullah dia kena scam. mujurlah 300 je.
 
Back
Top
Log in Register