BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengurus AI Pertama Di Dunia Di Lancar, Usahawan Solo Kini Ada Pasukan AI Sendiri

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Bika.ai dilancarkan sebagai pengurus AI (AI Organizer) pertama di dunia, yang bertindak sebagai pengurus kepada pasukan AI lain. Ia hadir untuk menyelesaikan masalah produktiviti manusia yang terlalu sibuk mengarah dan menyunting hasil kerja AI lain. Jadi, Bika. ai untuk menyusun, mengurus dan mengkoordinasikan pelbagai agen AI agar berfungsi seperti sebuah organisasi yang lengkap. Berbeza dengan AI biasa, ia membolehkan individu, termasuk usahawan solo, penasihat kewangan, pemasar dan profesional insurans mengendalikan pasukan AI seolah-olah mengurus sebuah syarikat. Sebagai contoh, penasihat kewangan boleh memantau data pasaran dan laporan visual dihantar secara automatik setiap pagi.
1757395174637.png

Usahawan solo pula boleh mengarahkan AI untuk pelbagai peranan termasuklah jualan, sokongan dan produk. Ini menjadikan walau hanya satu orang dalam syarikat, tapi ia berfungsi seolah satu pasukan penuh. Dengan Bika.ai, manusia boleh memberi tumpuan kepada visi, kreativiti dan kepimpinan, sementara tugas rutin dikendalikan AI. Bika.ai boleh diakses secara percuma tapi dengan limitasi. Langganan bulanan atau tahunan turut ditawar untuk pelan inidividu, pasukan, perniagaan dan syarikat pada harga bermula USD16 (~RM75)/bulan .
1757395161136.png
 
Back
Top
Log in Register