Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,559
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,559
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
Banyak syarikat teknologi yang mengatakan bahawa mereka sedang memfokuskan kepada pembangunan teknologi kecerdasan buatan, tetapi tidak ramai yang boleh mengatakan bahawa mereka sanggup melaburkan wang untuk kepakaran minda seperti Meta.
Meta dilihat membuat kejutan besar dalam dunia pembangunan dan penyelidikan AI apabila mereka mengambil beberapa nama penting dalam industri tersebut dari Apple dan OpenAI, termasuklah Ruoming Pang dan Shengjia Zhao dan membangunkan pasukan penyelidikan teknologi AI Meta Superintelligence Labs. Terkini, ia telah dilaporkan bahawa Bowen Zhang, seorang penyelidik AI multimodal, secara ringkasnya satu jenis teknologi AI yang menggabungkan beberapa medium, seperti teks, imej, video dan suara bukan sahaja untuk tujuan pembelajaran mesin, tetapi juga untuk memperlihatkan kandungan yang dijana.

Bowen Zhang menyertai Ruoming Pang bersama-sama Tom Gunter dan Mark Lee sebagai empat penyelidik AI yang telah meninggalkan Apple untuk menyertai pasukan Meta Superintelligence Labs. Dalam pada itu, Shengjia Zhao juga dilaporkan telah dilantik sebagai Ketua Saintis di Meta Superintelligence Labs. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan khususnya kerana beliau turut bertanggungjawab untuk membangunkan model-model AI penting untuk OpenAI sebelum ini, seperti ChatGPT, GPT-4 dan OpenAI o1, yang kini hadir melalui OpenAI o1-preview.
Sumber asal https://www.bloomberg.com/news/arti...er-bowen-zhang-to-meta-superintelligence-team