BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Meta Umum Llama 4 - Model AI Baharu, Kini Menguasakan Meta AI

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Seperti dinantikan, hari ini Meta membuat kejutan dan memperkenalkan model bahasa raya terbaru mereka, iaitu Llama 4. Selari dengan pengenalan ini, model ini kini turut menguasakan Meta AI di web, Facebook, WhatsApp, Messenger, dan juga Instagram. Walaubagaimanapun, Meta AI masih belum ditawarkan untuk pengguna Malaysia buat masa ini. Selain penawaran melalui produk-produk Meta, Llama 4 turut ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka kepada mereka yang ingin menggunakannya dalam pembangunan masing-masing.

Llama-4-950x534.png.webp


Dua model ditawarkan dibawah Llama 4, iaitu Llama 4 Scout, iaitu sebuah model kecil, dan juga Llama 4 Maverick. Llama 4 Scout dikatakan menawarkan konteks 10 juta token, selari Gemini 2.0 Flash Lite, sementara Llama 4 Maverick pula dikatakan prestasi selari Gemini 2.0 Flash. Selari pengenalan ini, Meta turut mengatakan mereka akan berkongsi dan berbincang lanjut berkenaan dengan Llama 4 ini menjelang acara LlamaCon yang dijadualkan pada 29 April 2025 kelak.​
 
Sebelum ..

Meta Rancang Perkenal Model Bahasa Baharu Pada April Ini, Llama 4


Meta sedia memfokuskan pelaburan dalam arena kecerdasan buatan sejak setahun dua kebelakangan ini, melalui penawaran Meta AI. Menguasakannya adalah model bahasa raya dinamakan sebagai Llama. Untuk tahun ini, Meta merancang memperkenalkan model bahasa raya yang baharu, iaitu Llama 4. Sepatutnya Meta dijangka memperkenalkan ia lebih awal, tetapi berlaku penangguhan, dan kini ia disasarkan untuk pengenalan sekitar penghujung April 2025 ini. Pengenalan model ini juga dalam usaha memastikan Meta tidak ketinggalan dengan pelbagai pesaing lain – terutamanya OpenAI dan Google yang lebih aktif dalam memperkenalkan model baharu mereka.

Ia dikatakan penangguhan berlaku kerana model Llama 4 tidak mencapai sasaran yang diinginkan, terutamanya dalam tugasan melibatkan matematik dan juga penaakulan. Meta ingin mengatasi masalah teknikal berkenaan sebelum menawarkan model mereka. Namun, salah satu kelebihan model yang dibangunkan oleh Meta adalah ia ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka, membolehkan sesiapa yang ingin turut membangunkan model tersendiri, boleh memuat-turun dan menggunakannya dalam pembangunan masing-masing.​
 
Back
Top
Log in Register