BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mozilla Umum “AI Window” - Integrasi Sokongan AI Pada Pelayar Web Firefox

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Mozilla, pembangun disebalik pelayar web popular Firefox, hari ini mengumumkan sedang membangunkan sokongan integrasi kecerdasan buatan janaan pada pelayar web mereka, dibawah ciri dinamakan “AI Window”. Melaluinya, ia memberikan ruangan terkawal kepada pengguna dalam berbual bersama pembantu AI, yang turut boleh membantu pengguna dalam melakukan sejumlah tugasan. Ciri ini boleh diaktifkan oleh pengguna bila diperlukan, sekaligus memberikan pengguna kawalan sepenuhnya – berbeza dengan integrasi kecerdasan buatan pada pelayar web lain.
1763468587509.png

Mozilla turut mengatakan ia turut akan memperlihatkan bagaimana data digunakan, sekaligus lebih telus berbanding pelbagai pelayar web lain – selari dengan keterbukaan yang dijuarai oleh Mozilla. Mengikut gambaran yang diberikan, ia boleh diaktifkan seperti mana mengaktifkan tetingkap untuk pelayaran peribadi pada Firefox. Buat masa ini, ciri ini dilabelkan sebagai akan datang, dan bagi anda yang berminat boleh melakukan pendaftaran minat melalui laman Firefox AI.​
 
Back
Top
Log in Register