BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengkid peras murid

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
AMPANG: Terdesak mendapatkan wang, sekumpulan pengkid yang berlagak samseng dikesan menjadikan kawasan sebuah surau di Taman Seri Keramat di sini sebagai lokasi untuk memeras ugut murid sekolah rendah.

Difahamkan, kumpulan dianggotai tiga pengkid terbabit meminta wang daripada murid yang melalui kawasan surau berkenaan sebelum mengugut akan mencederakan mereka jika enggan menyerahkan wang.

Bagaimanapun, kegiatan mereka terbongkar apabila seorang murid tahun enam sebuah sekolah di sini membuat laporan polis kelmarin, selepas diugut pengkid terbabit sejak dua bulan lalu.

Malah, mangsa turut memaklumkan sudah memberikan kumpulan pengkid terbabit lebih RM400 sepanjang dia diugut.

Mangsa dipercayai terpaksa ‘menipu’ ibu bapanya dengan menyatakan perlu membayar yuran tertentu dan wang yang diterima itu diserahkan kepada kumpulan pengkid berkenaan.

Dalam kejadian terbaru petang Isnin lalu, mangsa melalui surau itu sebelum ditahan seorang daripada pengkid terbabit.

Mangsa diugut supaya menyerahkan wang kepadanya pada hari sama jika tidak mahu perkara buruk berlaku terhadapnya.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata mangsa yang ketakutan akibat diugut terpaksa menyerahkan wang tunai berjumlah RM100 kepada kumpulan terbabit.

“Siasatan awal mendapati semua pengkid terbabit yang berusia 20-an sering memeras ugut mangsa di surau terbabit.

“Suspek dipercayai sudah mengugut mangsa menyerahkan wang sebanyak empat kali sebelum ini,” katanya di sini, semalam.

Abdul Jalil berkata, siasatan juga mendapati kumpulan terbabit memaksa mangsa menyerahkan wang berjumlah RM30 dan RM50 setiap kali dia ditahan.

Katanya, polis sudah mengambil keterangan mangsa berhubung kejadian itu.

“Tiga suspek itu sudah dikenal pasti dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda atau sebatan,” katanya.
 
hah padan mke.
ko pk ko along?
CHAIYT!! TUUUIT!
 
sia sia jer kena penjara....bukan rompak bank pun...dapat 400 masuk dalam 7 tahun...ish ish..
 
mengong punya pengkid.. baru ada akai..
 
pengkid....bdk sekolah rendah di pownya...
 
budak2 pengkid ni bahaya ni kalau join MLM ni ... abis peras downline ...
 
Back
Top
Log in Register