BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengganti minyak hitam?

Kepercayaan anda terhadap penggunaan minyak sawit sebagai minyak pelincir...


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
mak ai... betul ke? kat motor bleh tak? nak test kat kete tak berani, kalo kat motor bleh dipertimbangkan. :D

:o:o:o:o:o


minyak syntethic dah 200..!!!



biar betul ni :-?:-?:-?



ada CGrian pernah try??? #:-S#:-S#:-S
 
kalu nak try, masuk la sikit dulu...separuh minyak masak, separuh
minyak itam....kalau berani lagi masuk kan sekali kunyit dan garam secukup rasa....:eek::eek:
 
garing tu ok lagi, jgn sampai hangit da la.. :)
 
PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rahsia minyak masak boleh melayari http://ilmurahsia. name.my.



kan dah ada testimoni tu...boleh cuba ni :D
 
garing tu ok lagi, jgn sampai hangit da la.. :)

hehehee..jangan tak percaya....aku sendiri dah pakai dekat setahun dah...sebulan kereta wira 1.5 aku jalan dalam 4,000 km ..so lebih kurang 4,000km x 12 bulan : 48,000 km dah tu.....

kat tempat aku..Seremban..ramai dah pakai..kebanyakkan lebih dari 1 tahun...

results :
1. Engin kereta...akan lebih senyap dan lembut...hampir nak sama macam engin baru lembutnya.
2. Bagi kereta yg makan minyak hitam...kalo tak duit nak overhaul..bole pakai minyak ini..asap putih..akan kurang..malah hampir tak ada.
3. Pakai minyak 4 liter...1 liter lagi bole kasi orang rumah..buat masak..hehehhehehe
4.Jangkaan tukar..biasanya 3 bulan sekali..itupun pasal tak tahu bila nak tukar..sebab ianya payah nak hitam...
5. Setakat ni..tempat aku ..lebih 100 kenderaan dah pakai..baik kereta biasa mahupun kereta mewah...wartawan tu tulis 67 kereta...motor 750cc pun pakai...hhahahahhaha

Kekurangan...
...kadang2 berbau macam bau goreng sikit...hahahahaha..apa da hal...janji bole pakai..jimat banyak ooo....:eek:

macam2 pengalaman ada...semalam ada 1 kancil auto pakai minyak sawit..terperanjat bro tu..kerana..kereta dia selepas pakai..tersu senyap engin..kurang bising dan gegar....

hahahahahhaha..ada berani...?
 
PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rahsia minyak masak boleh melayari http://ilmurahsia. name.my.

Dalam web tu juga ada juga penawar penyakit...contoh tumor atau lebih dikenali sebagai kanser.....memang ramai tak percaya..kalo cerita kat 10 orang..11 orang tak percaya...

tapi setakat dilancarkan web site tu....dah 2 orang baik sepenuhnya...cure 100%...barah payu udara..tahap kronik...penawarnya..hahahahah....ada kat belakang rumah kita..ini adalah kajian seluruh dunia...cuma tak bole dikomersialkan..sebab undang2..aku pun tak bole komen pasal nie...bayangkan base pada kajian tu...ianya boleh menyembuhkan segala jenis kanser....
 
hohoho...kena cuba dulu baru taw ne..:D
 
Back
Top
Log in Register