BTC USD 97,075.9 Gold USD 2,884.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ramai anggap rugi isi minyak ‘full tank’, kereta jadi berat - Pakar automotif bersuara, rupanya ada faktor lain

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,816
Joined
Apr 15, 2012
Messages
41,816
Reaction score
4,325
Points
266
Awards
1

Ramai anggap rugi isi minyak ‘full tank’, kereta jadi berat... Pakar automotif bersuara, rupanya ada faktor lain!​

Jumaat, 26 April 2024 11:30 AM

553.jpg

Pemanduan berhemah dan tidak melulu boleh menjimatkan penggunaan petrol.

TIMBUL cakap-cakap di media sosial kononnya amalan mengisi minyak sehingga penuh tangki atau full tank merupakan satu kerugian.

Ini kerana perbuatan tersebut hanya akan menambahkan berat atau memberi bebanan tambahan kepada kenderaan hingga menyebabkan kereta yang dipandu 'makan' minyak lebih daripada sepatutnya.

Perkongsian individu tersebut ternyata mencetuskan pelbagai pendapat dalam kalangan pemilik kereta.

Susulan daripada itu, seorang pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Automotif, Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal (Aid Fawzal) menjawab spekulasi berkenaan menerusi perkongsian di Facebook peribadinya.

2661358.jpeg

Ramai memilih untuk mengisi minyak penuh sekiranya mahu meneruskan perjalanan jauh.

Aid yang juga merupakan seorang jurutera simulasi, pakar aliran bendalir dan pemindahan haba berkata kenyataan tersebut adalah separa benar.

Bagi memahami penjelasan tersebut lebih mendalam, Aid memperincikan nisbah berat petrol bagi tiga jenis kenderaan berbeza.

1. Perodua Myvi
Saiz tangki = 40 liter (L)
Ketumpatan petrol = ~740 kilogram per meter padu (kg/m³)
Maka berat tangki penuh berisi petrol = 30kg
Berat kereta = 950kg
Nisbah berat petrol terhadap berat kereta = 30/950 bersamaan ~3 peratus

2. Perodua Bezza
Saiz tangki = 36L bersamaan 27kg
Berat kereta = 940kg
Nisbah berat petrol terhadap berat kereta = 27/940 bersamaan ~3 peratus

3. Proton X70
Saiz tangki = 60L bersamaan 44kg
Berat kereta = 1675kg
Nisbah berat petrol terhadap berat kereta = ~3 peratus

2661356.jpg

Aid mengulas mengenai pengisian minyak penuh yang dianggap merugikan.

Berdasarkan perincian yang dibuat, Aid menjelaskan bahawa apabila badan kenderaan besar, pastinya berat bagi kereta tersebut juga lebih tinggi.

Maka, petrol yang diisi penuh ke dalam tangki tidak digunakan secara berlebihan akan dibandingkan dengan berat keseluruhan kereta.

Aid dalam hantarannya turut merumuskan bahawa adalah tidak benar sekiranya berlaku kerugian sekiranya mengisi minyak penuh.

Ini kerana berat isian penuh petrol tidak signifikan apabila dibandingkan dengan berat kereta.

Sebaliknya kerugian petrol boleh disebabkan empat faktor ini:

1. Simpan barang-barang berat yang tidak diperlukan dalam kereta.
2. Pandu secara melulu.
3. Pandu dalam kelajuan melampau.
4. Pasang bodykit yang tidak aerodinamik.

sumber - https://www.mstar.com.my/xpose/i-su...ar-automotif-bersuara-rupanya-ada-faktor-lain
 
Sponsored Post

Patutlah minyak cepat habis, rupanya cara pemanduan salah – “Elak 4 perkara ini kalau nak jimat duit!”​

Oleh WAN SITI AMINAH

25/04/2024

Jarak pemanduan rupanya bukanlah satu-satunya faktor utama yang menjadi boleh punca mengapa bahan bakar atau minyak petrol habis dengan terlalu cepat.

Cara pemanduan salah dan tidak berhemah merupakan antara salah satu punca dan faktor penyumbang kepada penggunaan minyak petrol yang tinggi di mana ia sering ‘dilepas pandang’ oleh rata-rata pemilik kenderaan.

Tular di media sosial, pengetahuan berguna ini dikongsi dan disampaikan oleh pemilik kedai aksesori kereta, Wee Fook Seong menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya iaitu @pakwee_oe.

Penerangan Fook Seong ini memberikan manfaat untuk orang ramai berikutan penurunan harga minyak petrol merupakan salah satu kejadian yang hampir mustahil untuk berlaku di muka bumi termasuklah di Malaysia.

Oleh yang demikian, pemilik kereta yang merasa sangat tertekan sekiranya minyak kereta mereka hanya mampu bertahan untuk beberapa hari sahaja bolehlah mengikuti tips pemaduan dan petua lain daripada Fook Seorang ini.

Berikut kami kongsikan penerangan serta panduan untuk menjimatkan penggunaan minyak petrol berdasarkan satu hantaran tular oleh lelaki yang lebih mesra dikenali dalam kalangan pelayar TikTok dengan gelaran Pak Wee.

1) Selepas berhenti di lampu isyarat atau bonggol, jangan tekan minyak sehingga RPM (Revolution Per Minute) kereta tinggi. Buang tabiat pemanduan kurang bagus ini!

2) Apabila memandu, sentiasa kekalkan RPM dengan konsisten. Tidak perlu memandu laju sehingga 160 km/j. Cukup sekadar 120km/j ataupun mengikut halaju yang ditetapkan di lebuh raya.

3) Servis kenderaan tepat pada masanya. Gunakan minyak hitam yang bersesuaian dengan enjin serta pastikan angin tayar diisi dengan PSI yang betul.

4) Penggunaan gear yang sesuai. Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan dan keadaan jalan seperti berbukit atau mendatar.

Pak Wee menegaskan bahawa penggunaan gear rendah untuk kelajuan tinggi boleh menyebabkan pembaziran minyak kerana ia akan menjejaskan keadaan enjin kereta.

“Tips penjimatan minyak tidak bergantung kepada produk yang dipakai pemandu. Tetapi yang penting adalah cara pemanduan betul dan berhemah.

“Selepas pemandu mampu memahami cara penggunaan gear dengan betul, penggunaan minyak petrol memang akan dapat dijimatkan.

“Jangan lupa buang tabiat buruk dan ikut tips-tips yang Pak Wee bagi ini.” Kata pemilik akaun yang mempunyai pengikut mencecah 400 ribu orang itu.

sumber - https://www.malaysiadateline.com/pa...alah-elak-4-perkara-ini-kalau-nak-jimat-duit/
 
1. Engine oil tu ikut spec kereta
Kalau patut 5w-30 tapi korang pakai 5w-40 mmg la minyak cepat habis

2. Servis juga throttle body

3. Air filter jgn sampai teruk baru tukar. Selalu tukar

4. Kemas kereta buang sampah sampah atau barang yg buat kereta jd berat. Tambah spoiler tambah widebody pun boleh tambah beban kereta

5. Tukat atau servis fuel injector
 
Last edited:
1. Engine oil tu ikut spec kereta
Kalau patut 5w-30 tapi korang pakai 5w-40 mmg la minyak cepat habis

2. Servis juga throttle body

3. Air filter jgn sampai teruk baru tukar. Selalu tukar

4. Kemas kereta buang sampah sampah atau barang yg buat kereta jd berat. Tambah spoiler tambah widebody pun boleh tambah beban kereta

5. Tukat atau servis fiel injector

Pakai standard jugak yang terbaik
Semua dah dibuat dengan baik oleh jurutera
Barangan tak perlu jangan disimpan dalam bonet kereta
Memang betul kena rajin servis baru kereta boleh beroperasi dengan optimum
 
Tapi lowered body boleh improve aerodynamic. Sbb tu nak modi kena ada ilmu. Contohnya window visor tu mmg buat kurang aerodynamic.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Back
Top
Log in Register