BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengemis warga asing mudah dapat derma ketika Ramadhan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
30aa.transformed.jpg


30bb.transformed_0.jpg

JOHOR BAHRU: Sifat dermawan warga tempatan dan negara jiran, Singapura yang gemar bersedekah sepanjang Ramadan menyebabkan pengemis warga asing mudah mendapat derma

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Normawarni Mahat, berkata ini berikutan bulan puasa kali ini memperlihatkan kebanjiran pengemis warga asing berbanding tahun sebelumnya

Malah, katanya, bertindak atas maklumat orang ramai, seramai 15 kakitangan JKM menyelamatkan empat warga asing di beberapa bazar Ramadan di sekitar bandar raya ini, petang semalam

Katanya, mereka ialah dua pengemis dari Indonesia, seorang warga Thailand dan seorang pengemis etnik Rohingya yang memiliki Kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)

"Berdasarkan aduan awam, kami menjalankan pemantauan selama satu jam setengah bermula jam 6 petang, sebelum bertindak

"Kami dapati, mereka menggunakan modus operandi dengan membawa tabung derma masjid sebelum duduk di satu sudut bazar Ramadan untuk mengutip derma," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini

Normawarni berkata, kesemua pengemis itu berusia lingkungan 30-an dan seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun kini ditempatkan di rumah perlindungan JKM sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen

Katanya, seorang daripada mereka juga pernah ditahan dalam operasi sebelum ini atas kesalahan mengikut Akta Orang Papa 1977

http://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/05/431706/pengemis-warga-asing-mudah-dapat-derma
 
Teeasa nk try pulak.. Dpt 30k bulan ni kaya tok
 
rakyat malaysia sangat pemurah..
aku dah lama stop bagi derma pada:
1 - 'anak2 yatim' tunggu depan pintu bank berjam2 tanpa ke sekolah..
2 - 'anak2 yatim' kumpul dana untuk tahfiz
 
sampai sekarang aku tertanya-tanya macam mana ada tag team orang buta dengan perempuan bawak tisu di seluruh pelosok negara.

dalam kepala memang syak sindiket.
 
suka menderma dan bersedekah tu bagus dan dapat pahala..
tapi kalau tindakan suka bersedekah sampai menggalakkan aktiviti sindiket pengemis, apa hukumnya dalam islam?
 
Sejak aku tau peminta sedekah ada sindiket yg jaga sejak tu aku tak hulur. Kalau jumpa dorg aku masih sedekah jgk sbb kesian. Tp sedekah sinyuman sajaaaa..
 
Kutip derma masuk poket sendiri

dermas_cropped_1528289811.jpg


SERAMAI 11 lelaki ditahan selepas terbabit dalam aktiviti mengutip derma tabung khairat tanpa kebenaran dalam Ops Kutip dilaksanakan bermula awal Ramadan lalu di sekitar Selangor.

Mereka ditahan itu berusia 20 hingga 43 tahun masing-masing lapan warga Thailand dan tiga warga tempatan.

Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) Mahdi Al- Hilmy Arshad berkata, siasatan awal mendapati enam daripada warga Thailand itu menjalankan aktiviti mengutip derma di bazar Ramadan.

“Turut dirampas bersama mereka adalah wang tunai berjumlah RM1,600.

“Sindiket berkenaan dipercayai bertindak menghantar individu bagi mengutip derma melalui tabung yang diletakkan di bazar Ramadan,” katanya ketika ditemui di bangunan JAIS di Shah Alam, hari ini.

Mahdi berkata, kebanyakan mereka menggunakan alasan kutipan derma bagi pembinaan surau, masjid dan madrasah seperti gambar tertera pada tabung mereka.

“Namun, kutipan dilakukan sindiket itu digunakan untuk kepentingan peribadi.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya atau bersimpati dengan pengutip derma sebegini, sebaliknya memaklumkan kepada pihak berkuasa jika melihat golongan ini berkeliaran mengutip derma,” katanya.

Beliau berkata, semua individu yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Selangor 2003.

Terdahulu, Mahdi bersama 56 anggota penguat kuasa JAIS melakukan pemeriksaan di lapan lokasi bazar Ramadan di negeri ini termasuk di Puchong Prima dengan menangkap dua individu warga tempatan.

Sumber
 
Back
Top
Log in Register