BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengemis kaya ditahan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Seorang lelaki warga Thailand ditahan ketika meminta derma dalam Ops Pengemis dan Kutu Rayau

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga Thailand berusia 25 tahun mampu meraih pendapatan lumayan melebihi RM1,000 selepas berjaya meraih simpati rakyat tempatan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini.

Dia antara pengemis dan kutu rayau yang ditahan dalam Ops Pengemis dan Kutu Rayau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Ahad lalu.

Berdasarkan pemeriksaan terhadap lelaki itu, pihak JKM berjaya menemui sebanyak RM1,104 dipercayai wang daripada aktiviti mengemis.

Pegawai JKM, Manayi Ibrahim berkata, pengemis dan kutu rayau wanita dan lelaki berumur antara 25 hingga 76 tahun berjaya diselamatkan dalam operasi bermula jam enam petang itu membabitkan kawasan sekitar pasar malam Larkin, Stulang Laut, Jalan wong Ah Fook dan lokasi berhampiran
Stesen Keretapi Johor Bahru.

“Seorang wanita warga Indonesia berumur 56 tahun turut diselamatkan dalam Ops berkenaan. Hasil pemeriksaan dalam dompet dan beg plastik milik wanita itu terdapat wang kira-kira RM700,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan rekod pada pasport wanita itu, dia baru pulang ke Indonesia pada 12 Mac lalu, bagaimanapun kembali semula ke negara ini pada 16 Mac.

Katanya, pihaknya turut menahan seorang lelaki dan seorang wanita orang kurang upaya (OKU), warga tempatan, seorang wanita berstatus
Pemastautin Tetap (PR) manakala selebihnya adalah warga asing, masing-masing, dua dari Thailand dan seorang rakyat Indonesia.

“Kesemua yang diselamatkan telah di tempatkan untuk sementara waktu di Rumah Seri Kenangan, Johor Bahru manakala kes disiasat di bawah Seksyen 3 (2) Akta Orang Orang Papa 1977,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/pengemis-kaya-ditahan-1.141676
 
Last edited:
senang2 je diorang ni jadi orang kaya kat sini..
tak keje tapi mengemis..
 
Erm mmg ramai skrg
depan masjid pun ramai
 
orang malaysia kan pemurah..

dorang ni amik kesempatan la...menyampah aku..
 
Byk org thailand jd pengemis kat sini
Tp kebanyakan mintak bantuan nk buat medrasah or sekolah pondok
Yg peliknye kadang2 10org yg dtg mntak derme, sume ayat serupe je
Smge la duit tu betol2 utk buat madrasah
 
depan maybank sentral square sg petani pun ada org kutip derma macam ni tunggu org keluar bank. heran aku mintak dr dulu xkan xsiap masjid yg konon kat patani tu. aku buat xlayan jer..
 
Yg ikhlas bg xpe..tetap dpt pahala..
Si penipu plak,tgu la ko balasan kt sane nnt..
 
Back
Top
Log in Register