BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengemis ada RM9,786 dalam tangan

silverchair959

Legendary Member
gem
Messages
18,553
Joined
Dec 21, 2005
Messages
18,553
Reaction score
123
Points
138
SEREMBAN 5 Okt. – Percaya atau tidak, seorang pengemis wanita yang ditahan dalam satu operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan di sini baru-baru ini memiliki wang tunai di tangan sebanyak RM9,786.

Lebih memeranjatkan selepas diperiksa, akaun bank wanita berusia 64 tahun itu mempunyai simpanan RM15,000 hasil daripada kegiatan mengemis di bandar ini.

Pengarah JKM negeri, Mizan Maulud berkata, lebih 100 pengemis tempatan dan luar negara kini menjadikan Seremban sebagai lubuk rezeki.

‘‘Pengemis sengaja berperwatakan susah, kusut masai dan terencat akal ketika meminta sedekah. Ia topeng semata-mata untuk menarik simpati orang ramai sedangkan mereka tinggal di hotel,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau menambah, dalam operasi yang sama, anggotanya turut menahan seorang pengemis lelaki berusia 54 tahun dan terdapat wang tunai RM1,100 di tangannya.

Jabatan itu turut menahan empat pengemis Myanmar dan ketika ditahan ada di antara mereka sudah memperoleh pendapatan harian RM423.

‘‘JKM turut menahan beberapa pengemis dari China yang mampu memperoleh pendapatan RM300 sehari dan duduk di hotel,’’ katanya.

Menurutnya, pengemis dari Myanmar memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan datang ke negara ini menggunakan jalan darat.

Beliau berkata, pihaknya turut membongkar kegiatan sindiket menggunakan rakyat Thailand untuk mengemis di kawasan Nilai.

‘‘Pengemis Thailand lebih cerdik kerana menggunakan telefon bimbit dan berhubung dengan tekong untuk menyampaikan maklumat dan lokasi yang dianggap lumayan.

‘‘Ada yang datang memakai baju koyak, berselipar, menggunakan troli, menipu, merayu dan paling mendukacitakan mereka menggunakan kecacatan kaki, tangan sebagai tarikan simpati untuk mengemis,” kata beliau.

aku nak tukar profession laa camnih huhuhuuhuh
 
ni mesti metro punya paper
 
takpe...pas ni diorang mengemis,gua sedekahkan gula2 hacks...
 
kureng asam punya pengemis...bagi nasi bungkus jer....xyah kasi duit...
 
pasnie aku jual insurans n jual UT kat pengemis nie..kurang asam sungguh...bayangkan sorang bari singgit...orang lalu kat area kl tue sehari berape ramai?tambah2 lak orang malaysia nie semue baik2 belaka...main hulur je...hm...
 
pasnie aku jual insurans n jual UT kat pengemis nie..kurang asam sungguh...bayangkan sorang bari singgit...orang lalu kat area kl tue sehari berape ramai?tambah2 lak orang malaysia nie semue baik2 belaka...main hulur je...hm...

biasa ler dihari baik bulan baik nie ramai yang nak bersedekah
 
pasnie aku jual insurans n jual UT kat pengemis nie..kurang asam sungguh...bayangkan sorang bari singgit...orang lalu kat area kl tue sehari berape ramai?tambah2 lak orang malaysia nie semue baik2 belaka...main hulur je...hm...

Kalau setakat kt tepi jalan tu ok lah lagi..
Kita bleh ngelak kalau tk nk bagi..
Yg datang merayau ke meja-meja makan tu yg aku tk tahan..
Selang 5 minit ada jer yg datang..
Kalo yg buta tu, siap ada assistant tolong pimpin..
Brapa agaknya gaji assintant ni kalo si buta da dekat RM10,000 sehari dia collect?

p/s: aku nk bukak company gajikan org buta mintak sedekah lar..
pengangkutan, mkn minum dgn tempat tinggal aku sediakan..
collection byk ada bonus..
jual tisu 20 sen dengan kad kalendar pun ok jugak
masyuk siot..
 
Back
Top
Log in Register