BTC USD 81,929.8 Gold USD 4,088.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Operasi PBT gempur pengemis jalanan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,743
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,743
Reaction score
1,682
Points
201
KENYATAAN MEDIA

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

06 SYAABAN 1446 H / 05 FEBRUARI 2025

PENGEMIS JALANAN WARGA ASING DI GEMPUR IMIGRESEN JOHOR


Operasi bermula jam 7.00 petang itu dijalankan berikutan daripada maklumat awam dan risikan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor ke atas kegiatan mengemis yang melibatkan warga asing di sekitar Johor Bahru. Seramai 18 warga asing yang ditahan adalah terdiri daripada 04 lelaki warganegara China, 04 lelaki warganegara Thailand, 03 lelaki dan seorang perempuan warganegara Kemboja, 02 perempuan dan 02 lelaki warganegara Syria, seorang lelaki warganegara Bangladesh serta seorang lelaki warganegara Pakistan. Mereka yang ditahan adalah dalam lingkungan usia 40 tahun hingga 69 tahun.

Pengemis jalanan yang ditahan dipercayai ada yang kudung dan cacat anggota untuk meraih simpati pengunjung pasar malam. Hasil siasatan awal mendapati kesemua pengemis mampu meraih pendapatan purata harian sehingga RM600 seorang.

Kesemua yang ditahan disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor menyeru kepada semua pelawat warganegara asing yang berada di Malaysia supaya mematuhi undang-undang dan peraturan Imigresen. Orang ramai juga diseru supaya menyalurkan maklumat tepat dan lengkap ke Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor melalui saluran :

#TAMAT#


PENGARAH IMIGRESEN NEGERI JOHOR

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA


6131788864650592712_121.jpg

6131788864650592713_121.jpg

6131788864650592714_121.jpg

6131788864650592715_121.jpg

6131788864650592718_121.jpg

6131788864650592717_121.jpg

6131788864650592716_121.jpg

6131788864650592719_121.jpg

6131788864650592720_121.jpg

6131788864650592721_121.jpg


6131788864650592722_121.jpg

6131788864650592724_121.jpg

6131788864650592723_121.jpg

6131788864650592725_121.jpg

6131788864650592726_121.jpg

6131788864650592727_121.jpg

6131788864650592728_121.jpg

6131788864650592731_121.jpg

6131788864650592729_121.jpg

6131788864650592730_121.jpg
 
Back
Top
Log in Register