BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Kemaskini info operasi PATI seluruh negara

14155717264498597-366951.jpg

14155717264498597-366952.jpg

14155717264498597-366953.jpg

14155717264498597-366954.jpg

14155717264498597-366955.jpg

14155717264498597-366956.jpg

14155717264498597-366957.jpg


π—¦π—œπ—”π—₯𝗔𝗑 π— π—˜π——π—œπ—” π—žπ—˜π—§π—¨π—” π—£π—’π—Ÿπ—œπ—¦ π——π—”π—˜π—₯𝗔𝗛 π—£π—’π—‘π—§π—œπ—”π—‘ π—§π—˜π—‘π—§π—”π—‘π—š "𝗒𝗣 π—£π—œπ—‘π—§π—”π—¦ / π—§π—”π—£π—œπ—¦ π—•π—˜π—₯π—¦π—˜π—£π—”π——π—¨" π— π—”π—žπ—Ÿπ—¨π— π—”π—‘ π—žπ—˜π—π—”π—¬π—”π—”π—‘ π—§π—”π—‘π—šπ—žπ—”π—£π—”π—‘ π—¦π—¨π—¦π—¨π—Ÿπ—”π—‘ (𝟭) π—Ÿ/π—œπ—‘π——π—’π—‘π—˜π—¦π—œπ—” π——π—œπ—¦π—¬π—”π—žπ—œ π—§π—˜π—žπ—’π—‘π—š π—Ÿπ—”π—¨π—§ 𝗗𝗔𝗑 (𝟭) 𝗣/π—œπ—‘π——π—’π—‘π—˜π—¦π—œπ—” π—§π—˜π—₯π—Ÿπ—œπ—•π—”π—§ π—žπ—˜π—¦ π—£π—˜π—‘π—¬π—˜π—Ÿπ—¨π——π—¨π—£π—”π—‘ π— π—”π—‘π—¨π—¦π—œπ—” 𝗗𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π—šπ—˜π——π—”π—₯𝗔𝗑 𝗗𝗔𝗗𝗔𝗛.

Sumber ipd pontian
 
14166334506864813-371769.jpg

14166334506864813-371770.jpg

14166334506864813-371771.jpg

14166334506864813-371772.jpg

14166334506864813-371773.jpg


KENYATAAN MEDIA

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA


IMIGRESEN JOHOR GEGAR KELAB MALAM


Bertindak atas maklumat awam dan risikan selama dua minggu, operasi yang dijalankan ke atas sebuah buah premis hiburan telah berjaya menahan seorang lelaki warganegara Malaysia yang dipercayai sebagai pengurus premis.

Pemeriksaan awal mendapati, seramai 66 orang warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen. Mereka yang ditahan terdiri daripada 02 lelaki dewasa warganegara Vietnam, 02 lelaki dewasa warganegara Indonesia, 05 lelaki dewasa warganegara India, 01 lelaki dewasa warganegara Filipina, 02 perempuan dewasa warganegara Indonesia, 01 perempuan dewasa warganegara Vietnam, 01 perempuan dewasa warganegara China, 05 perempuan dewasa warganegara Laos dan 47 perempuan dewasa warganegara Thailand yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan pusat hiburan berusia dalam lingkungan 21 tahun hingga 51 tahun.

Kesemua yang di tahan dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut. Sebanyak 02 keping borang 29 iaitu saman kepada saksi telah dikeluarkan sepanjang pemeriksaan untuk membantu siasatan.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang telah menyalurkan maklumat dan bersama-sama mengambil berat terhadap isu warga asing. Jabatan ini juga mengalu-alukan sebarang maklumat berkait kesalahan melindungi PATI serta pemerdagangan orang dan penyeludupan migran ke negara ini.

Selaras dengan aspirasi kerajaan MADANI, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor akan terus mempergiatkan lagi usaha penguatkuasaan di Negeri Johor bagi membanteras isu kebanjiran PATI. Tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap PATI serta majikan dan pemilik premis yang masih menggaji pekerja asing tanpa dokumen perjalanan dan pas/permit yang sah.

#TAMAT#

DATO' HJ. MOHD RUSDI BIN MOHD DARUS

PENGARAH IMIGRESEN NEGERI JOHOR

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
 


berani ye konoha ni melawan pihak imigresen kita
 
376845-376845.jpg


Dua pusat hiburan elit digempur, imigresen tahan 107 pendatang

Kepong: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 107 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Gegar di dua pusat hiburan elit, di sini yang dipercayai dikendalikan individu dikenali sebagai 'mummy'.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi pada 11 malam Jumaat itu adalah hasil risikan Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) JIM selama dua minggu.

Menurutnya, pasukan operasi yang digerakkan ke kedua-dua premis memeriksa 224 individu, terdiri daripada 171 warga asing dan 53 warga tempatan.

"Hasil semakan awal telah membawa kepada penahanan 107 warga asing, terdiri daripada 65 wanita dan tiga lelaki warga Thailand, 18 wanita Vietnam, 11 lelaki Bangladesh, tujuh wanita Laos dan tiga wanita Indonesia yang tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini.

"Pasukan operasi telah menyita beberapa barangan yang dipercayai digunakan bagi tujuan aktiviti premis termasuk cip bayaran, kalung, set komputer dan sistem kamera litar tertutup (CCTV)," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, risikan awal menunjukkan premis dikawal pengawal keselamatan manakala wanita asing dikendali penyelaras digelar 'mummy' yang mengatur perkhidmatan pelanggan dan persembahan pentas.

"Bayaran perkhidmatan dipercayai ditentukan berdasarkan sistem kad berwarna dengan kadar antara RM100 hingga RM1,314," katanya.

Katanya, warga asing yang ditahan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Paspot 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 ditahan di Depot Imigresen Lenggeng untuk tindakan lanjut.

Mengulas lanjut, Zakaria berkata, seramai tujuh warga tempatan telah diberikan notis untuk hadir ke Pejabat JIM bagi membantu siasatan lanjut.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan akan meneruskan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar peruntukan di bawah mana-mana Akta Imigresen.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat atau bersekongkol dalam sebarang aktiviti

yang menyalahi undang-undang imigresen dan digalakkan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha penguatkuasaan secara menyeluruh," katanya.

Suharmin Yusuf
Kredit➑️ Harian Metro
 
14270949044031925-410488.jpg

14270949044031925-410489.jpg

14270949044031925-410490.jpg

14270949044031925-410491.jpg


Bus stand Klang' lubuk warga asing kena pukat

Sumber : Sinar Harian

KLANG - "Setiap Sabtu dan Ahad memang mereka ramai, semua kedai mereka sapu."

Itu gambaran situasi di sekitar 'bus stand Klang' di sini yang dipenuhi lambakan warga asing hingga mencetuskan keresahan dalam kalangan penduduk dan peniaga tempatan.

Bagaimanapun, keadaan bertukar kecoh selepas kawasan berkenaan diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor dengan kerjasama Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan negeri, selain agensi lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Difahamkan, Op Mega yang bermula kira-kira jam 12 tengah hari itu memeriksa lebih 1,000 warga asing antaranya dari Nepal, Bangladesh, Myanmar dan Pakistan.


Malah, sebuah premis hotel turut dikesan disyaki menjadi lokasi kegiatan tidak bermoral membabitkan warga asing selepas pemeriksaan menemukan kondom dan gel pelincir.

Bukan itu sahaja, pusat bandar berkenaan turut dicemari bau kurang menyenangkan apabila sekurang-kurangnya dua premis dipercayai dijadikan tempat memotong daging lembu.

Lebih mengejutkan, pemeriksaan di sebuah gerai menjual sirih menemukan bahan disyaki dadah jenis syabu yang disorokkan dalam lipatan wang kertas RM1.


Berdasarkan maklumat seorang lelaki tempatan yang berada di kawasan itu, dia mendakwa gerai berkenaan dikatakan menjual syabu bersama sirih dalam kalangan warga asing.

"Suspek dikesan menggunakan taktik menjual sirih bagi mengaburi mata pihak berkuasa, namun secara rahsia mereka turut menawarkan syabu," ujarnya.

Sementara itu, seorang peniaga tempatan yang enggan dikenali berkata, keadaan di kawasan berkenaan berubah seperti kampung halaman mereka pada hujung minggu.

"Kalau tengok memang di sana sini kedai makan mereka, kedai baju... jalan hitam pun boleh jadi merah sebab ludah sirih.

"Kalau tengok depan itu, nama sahaja kedai mamak, tetapi sebenarnya Bangladesh.

"Saya percaya ada pihak yang menjaga mereka (warga asing) ini, kalau tidak bagaimana mereka boleh berniaga dengan mudah. Ramai yang ditahan hari ini, memang puas hati, terbaik," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Pemerhatian lanjut Sinar Harian mendapati terdapat segelintir individu yang disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) cuba melarikan diri selepas melihat kehadiran anggota JIM.

Ada antara mereka berpura-pura sebagai pelanggan kedai dan mendakwa sebagai warga tempatan, selain terdapat segelintir yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk.

Sinar Harian turut difahamkan, kesemua individu yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Selangor bagi proses dokumentasi untuk siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Sinar Harian
 
Back
Top
Log in Register