hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,561
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,561
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
OPERASI SITAAN DAN PINDAH HALANGAN SEKITAR BUKIT BINTANG
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Bukit Bintang melaksanakan tindakan sitaan terhadap penjaja tanpa lesen dan skuter ‘Beam’ di sekitar Jalan Ampang, Jalan P Ramlee, Jalan Pinang dan Jalan Bukit Bintang.
Dalam tindakan khas yang dijalankan, sebanyak 12 kes tindakan sita telah dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Antara barangan yang disita adalah meja/kerusi plastik, pakaian, skuter, payung dan lain-lain peralatan.
Kesemua barangan yang dikenakan tindakan sita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.
Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti. Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan tertera seperti berikut.
adukl.dbkl.gov.my
#KLBandarUntukSemua
#klcityforall
#klberdayahuni
#liveableloveablekl
#cintaikl
#TegasSetia
#KLStrikeForce

ADU@KL 2.0 – Sistem Pengaduan Awam Kuala Lumpur
Sistem Pengaduan Awam Kuala Lumpur
#KLBandarUntukSemua
#klcityforall
#klberdayahuni
#liveableloveablekl
#cintaikl
#TegasSetia
#KLStrikeForce