BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Budak kena buli tangan kena ikat, disembur dengan api

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201


Tular budak kena buli tangan kena ikat, disembur dengan api


JOHOR BAHRU – Tular satu rakaman video televisyen litar tertutup (CCTV) kejadian buli melibatkan beberapa kanak-kanak yang disyaki berlaku di kawasan kediaman di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini, tengah malam tadi.

Menerusi video yang berdurasi 23 saat, menunjukkan kejadian berlaku kira-kira pukul 12.39 tengah malam melibatkan sekurang-kurangnya empat kanak-kanak melakukan kejadian itu ke atas mangsa yang disyaki juga kanak-kanak lelaki.

Kelihatan pantulan cahaya api dipercayai disembur ke arah mangsa yang terbaring dalam keadaan tangan terikat.

Tidak lama kemudian, tiga daripada mereka mendekati mangsa yang terbaring sebelum mengangkat mangsa dalam keadaan lemah.

Manakala seorang kanak-kanak bertindak sebagai pemantau atau ‘cover line’.

Rata-rata pengguna laman sosial meminta agar si pelaku diambil tindakan tegas memandangkan kes berkenaan bukan kes kecil malah melibatkan kes buli dan jenayah.

Sementara itu, Kosmo! sedang mendapatkan keluarga atau mangsa yang terlibat bagi mendapatkan maklumat terperinci.

Selain itu, difahamkan, polis sedang melakukan siasatan susulan kejadian tular berkenaan.

Artikel : Kosmo Online
 
c4976b948ba847063517c1012e9950ed682306660d2b0

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat

-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Polis menahan empat remaja lelaki bagi membantu siasatan kejadian buli di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kesemua mereka berusia 14 dan 15 tahun direman empat hari bermula semalam hingga Rabu ini.

"Kertas siasatan (IP) akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat. Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 21 saat memaparkan perbuatan buli membabitkan beberapa remaja lelaki.

Sebelum ini, Raub memohon kerjasama mangsa, waris atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian agar tampil membuat laporan.

 
Back
Top
Log in Register