kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Pengawal Keselamatan Warga Singapura Hina Islam Dipenjara 14 Hari, Denda RM7,000
Seorang pengawal keselamatan warga Singapura dihukum penjara 14 hari dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menghina agama Islam, bulan lepas.
Majistret A. Shaarmini memerintahkan Mohamed Anim Atam, 56, menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditahan pada 18 Ogos lepas.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan agama mana-mana orang dengan menyebut perkataan berunsur penghinaan terhadap agama Islam yang didengari seorang lelaki.
Kesalahan didakwa dilakukan dari Jalan Tun Razak hingga Jalan Meldrum di sini, kira-kira 5 petang pada 30 Julai lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa menyebut kata-kata berunsur penghinaan terhadap al-Quran dan agama Islam ketika menaiki sebuah kenderaan e-hailing.
Pengadu yang mendengar kata-kata tertuduh kemudian memuat naik rakaman video berkenaan ke beberapa akaun media sosial miliknya sebelum membuat laporan polis pada 31 Julai lepas.
Timbalan Pendakwa Raya Eizlan Azhar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal memandangkan kes berkenaan tular di media sosial serta melibatkan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja).