BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Lelaki Dipenjara 14 Hari, Denda RM8,000 Palsukan Sijil Cuti Sakit

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,151
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,151
Reaction score
346
Points
141

Dua Lelaki Dipenjara 14 Hari, Denda RM8,000 Palsukan Sijil Cuti Sakit​

e386fb5a997acec0a454fd0e7f3af33961723c6e42c65


Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan dua lelaki masing-masing dipenjara 14 hari dan denda RM8,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan memalsukan 40 sijil cuti sakit dari Mac hingga Julai lepas.

Majistret Ellyna Othman juga memerintahkan Mohd Shukrie Zainuddin, 28, dan Muhammad Asyraf Zunaidy, 31, dipenjara lapan bulan jika gagal menjelaskan denda.

Mohd Shukrie dan Muhammad Asyraf didakwa secara tidak jujur membuat dokumen palsu, iaitu 40 sijil cuti sakit sebuah klinik dan menggunakan nama serta tandatangan seorang doktor dengan niat menipu di sebuah kilang di Jalan Pintasan Gebeng, di sini antara 28 Mac hingga 13 Julai.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya B. Deevagaran Naidu memohon hukuman setimpal terhadap mereka kerana telah mengeluarkan sijil cuti sakit palsu dengan menggunakan nama klinik serta doktor yang bertauliah.

Peguam Muhammad Hakimie Ali daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merayu dua lelaki itu hanya dikenakan hukuman denda kerana telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

 
Back
Top
Log in Register