BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Dilantik Pemangku Timbalan KPN

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Dilantik Pemangku Timbalan KPN​

aacd7921ec516402c6f1697f5237a3166a65c3d0487db

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Ibrahim Darus (kanan) dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini.

Lantikan berkenaan bagi menggantikan Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay (kiri) yang bersara wajib esok selepas berkhidmat hampir 35 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis serah terima tugas antara Ayob Khan dan Ibrahim disaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail (tengah) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini.


Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Ibrahim Darus dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini.

Lantikan berkenaan bagi menggantikan Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay yang bersara wajib esok selepas berkhidmat hampir 35 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis serah terima tugas antara Ayob Khan dan Ibrahim disaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini.

Ayob Khan yang dilahirkan pada 27 Julai 1966 di Kota Setar, Kedah dilantik Timbalan Ketua Polis Negara pada 23 Jun 2023.

Sepanjang lebih tiga dekad bersama PDRM, beliau pernah berkhidmat dalam Cawangan Khas termasuk Bahagian Counter-Terrorism, selain menyandang jawatan Ketua Polis Johor, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

 
Back
Top
Log in Register