BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengalaman menjadi ayah kepada seorang bayi pramatang ( Alhamdulillah....)

neocortex

Active Member
Messages
2,355
Joined
Jun 11, 2012
Messages
2,355
Reaction score
78
Points
40
Razin.jpg



Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Bismillah.
Update status peribadi ini adalah buat teman-teman yang mengenali saya secara dekat mahupun jauh.
Yang biasa bersemuka mahupun tidak.
Amat dialu-alukan sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman sebagai ayah atau ibu kepada bayi yang pramatang, baik kali pertama mahupun yang dah berkali-kali. Mohon jasa baik buat yang nak post tu, baik pengalaman tu positif atau negatif..memegang tata susila menghormati pengalaman dan pengetahuan orang lain. Ucapan terima kasih didahulukan.

Tanggal 1 Januari 2013 Masihi bersamaan 18 Safar 1434 Hijrah jam 12.35 Tengahari lahirlah Muhamad Razin Nizar, menjadikan saya seorang ayah.
Dengan berat hanya 1.15kg, sekarang masih dalam unit pengawasan kritikal neonatal.
Mohon doanya dari kalian.
Terima kasih.

Dari taklimat yang diberikan doktor yang bertugas, Baby Razin terpaksa dikeluarkan kerana placenta berhenti berfungsi pada minggu kehamilan yang ke-32. Darahnya sedikit likat menjadikan fungsi kerja untuk organ-organ sedikit berat. Mereka mengawasi pemberian oksigen dengan lebih teliti kerana lebihan oksigen boleh membuatkan bayi mengalami kerosakan tisu dan juga organ.

Saat kali pertama menatap, menyentuh dan membelai bayi pramatang ini..terdetik dihati tentang signature seorang teman di CG ni.
Maha benar pohonlah diteguhkan, dikukuhkan dan diutuhkan iman..usah berdoa dikecil ujian dan dugaan. Ini kerana saya FAHAM. *Syukur kepadamu Ya Allah. Sabar masih hartaku. Bayi kecil ini hanya amanah dan ujianmu buatku.

Sebelum membisikkan Azan ditelinga Baby Razin, saya melihat sekeliling dalaman bilik NICU HosHas Temerloh ni. Beberapa bayi lain yang juga senasib dengannya ada yang lebih besar tube dan hosenya. Lagi kurang beratnya berbanding Baby Razin. Lebih 'rimas' disitu berbanding dia.
Kelihatan sopan dan redha dengan apa yang perlu dia lalui. Moga sifat ni terus kekal wujud dalam waktu-waktu membesar dalam dunia ni. In Sha Allah.

Kenapa saya memilih 'sopan'?

Oleh kerana Baby Razin terlalu kecil untuk diangkat (untuk dipangku) saya hanya dapat merapatkan bibir ke telinganya. Suara yang tidak terlalu kuat juga terlalu perlahan untuk didengari. Iqamahnya dengan sedikit kuat. Sambil melontarkan Azan itu, jemari menyentuh tapak kaki kecil Baby Razin. Reaksinya masih tidak menampakkan tanda-tanda dia 'lemas' dengan semua yang berlaku. Ya barangkali dia ingat suara ini yang dia dengar sewaktu dia dibelai ketika masih dalam kandungan mama. Diceritakan tentang impian dan harapan unit keluarga kami. Getaran suara inilah yang akan buat dia tenang dan tenteram satu hari nanti. Mudah-mudahan.

Sepanjang lebih kurang 30 minit membelek fizikal Baby Razin, bukan soal ikut wajah siapa atau cerah gelapnya mahupun apalah 'kesempurnaan' atau 'kekurangan' dia..hati kecil ni asyik teringatkan tentang sebuah kisah berkenaan seketul daging yang dinamakan hati. Tentang perjalanan untuk sampai kesini sebagai seorang ayah.

Sepanjang kali pertama pertemuan dengan Baby Razin, lembut dibisikkan tentang betapa dia perlu kuat. Untuk diri sendiri. Bukan untuk papa atau mama. Kerana papa dan mama hanya boleh disitu untuk apa sepatutnya, bukan setiapkalinya untuk hari-hari mendatang Baby Razin. Untuk bayinya..untuk kanak-kanaknya..untuk remajanya..untuk belianya juga untuk dewasanya Baby Razin akan datang jika segala dan semuanya dipermudahkan Allah. Papa ni tiada harta fizikal. Hanya ada sabar sebagai harta. Sedikit pengetahuan dan pengalaman sebagai panduan peribadi dan institusi kita. Sekelumit amalan yang papa ingin besar, luas, tinggi dan tebalkan.

Bertahan dan kuatlah disini untuk zahirmu juga disana untuk batinmu.

Papa akan menulis lagi untuk Baby Razin....

UPDATE
http://razinnizar.blogspot.com/
 
Last edited:
semoga semua nya selamat.....
 
abg den ada sorg anak pramatang..50hari dalam inkubator
kesian dia ulang alik pi hospital..

alhamdulillah skrg ni anak dia thn ni masuk darjah 1..
dalam umo 3-4 bdk tu cakap tak boleh sgt..tp skrg alhamdulillah dah boleh membaca dsb :)
 
Semoga baby razin cepat sihat dan dapat kembali ke rumah di samping papa mamanya..
 
kawan saya ada yg lahir pramatang ni. baru je kahwin 2 3 bulan lepas pada umur 23thn. suami dia 24. tinggi. dia rendah. comel je.

masa kenduri tu. ada tetamu tu cakap. eh macam kanak2 pulak yg kahwin.

moga tt dipermudahkan urusan, bayi cepat sihat dan menjadi anak yg soleh
 
Semoga Allah permudahkan segala urusan TT dan keluarga..
 
semoga dipermudahkan...untuk pengetahuan tt anak sy pun pramatang... masa baru lahir berat 700gram sahaja...skang dah umur 6 bulan... tapi masih diwad NICU ... berat baru jejak 2.1kg ...
 
spupu aku dpt bayi pramatang gak taun lpas..4 bln dok inkubator...tp skang baby tu skang da chat da.comey je:D kna tabah bro. ade rezki disebalik tu:D
 
Salam.

Menurut pengalaman saya, bayi yang lahir pada minggu 31-32 insyaAllah okay.
Semoga TT dan isteri tabah dalam menempuhi dugaan dan anak TT menjadi anak yg soleh nanti. Amin.
 
semoga dipermudahkan...untuk pengetahuan tt anak sy pun pramatang... masa baru lahir berat 700gram sahaja...skang dah umur 6 bulan... tapi masih diwad NICU ... berat baru jejak 2.1kg ...

Terima kasih buat member-member yang memberikan kata-kata semangat. :)

Moga baby bos juga semakin baik.
Moga kita tabah lalui ujian dan dugaan ni.
 
Back
Top
Log in Register