nyioq
Fun Poster
- Messages
- 682
- Joined
- Jul 17, 2007
- Messages
- 682
- Reaction score
- 29
- Points
- 30
What is GERD?
Gerd atau nama panjangnya 'gastroesophageal reflux disease' adalah sejenis penyakit yang bersangkut paut dengan melimpahnya asid perut ke esofagus atau salur pemakanan.
Tak kira la asid tu banyak atau sikit. Ini yang kita panggi asid refluks.
Di antara esofagus dan perut ada satu injap yang kita sebut sebagai LES atau lower esophageal sphincter. LES ni kerja dia macam pintu (2 arah).
Bila kita makan biasanya dia akan buka dan bila tak makan sepatutnya dia tertutup.
Mereka yang mengidap GERD ni pintu tu terbuka round the clock. Tak reti reti nak tutup dah.
Tuh sebab asid banyak atau sikit pun melimpah ruah la dia naik ke esofagus.
Adakalanya sampai masuk ke airway sehingga menyebabkan kita seperti tak cukup bernafas atau kurang udara.
Apa pulak symtom- symtomnya?
Biasanya pengidap gerd akan kerap terkena pedih ulu hati, sakit tekak yang berpanjangan,
tekak seperti terasa ada sesuatu dan macam macam lagi.
Penyebabnya pula seperti obesiti, Hernia, merokok, wanita mengandung dan ada beberapa sebab yang lain termasuk anxiety (vise versa).
Saya sangat percaya yang gerd di sebabkan asid yang tidak optimum sebab kalau asid kita terlebih
tak ada la masalah penghadaman.
Pesakit gerd akan menghadapi masalah penghadaman yang agak ketara dan
lanjutan dari situ perut mereka selalunya di penuhi angin (kembung) yang kadang kalanya melarat ke kepala dan anggota badan
yang lain seperti kaki dan tangan.
Apa beza pulak GERD dan Gastrik?
Ini yang ramai orang confuse. Kebanyakkannya ingat sama aje sebab doktor pun suka bagitau pesakit
GERD yang mereka ada gastrik.
Gastrik sebenarnya adalah penyakit lain di mana perut kita akan berasa pedih.
Ini di sebabkan radang yang ada di dalam perut.
Antara penyebabnya ialah bakteria (eg. hpylori), alkohol dan ubat ubat seperti 'pain killer'.
Kalau dalam report doktor biasanya disebut sebagai 'gastritis'.
Radang juga boleh menyerang bahagian lain seperti di esofagus (esophagitis), di usus (enteritis) dan sebagainya.
Kredit to Admin FB: Gastrik dan asid refluk (GERD) Official Group
==================================================================================================
Kenapa perlu lebih percaya kepada teori Low stomach acid dari too much stomach acid?
Pertamanya kalau banyak asid sepatutnya kita ambik PPI or acid blocker masalah refluks tu sepatutnya settle kan?
Iyalah ubat ubat tu semua kan mengurangkan asid perut. Tapi kenapa sama aje. Takde perubahan walaupun dah makan PPI.
Yang keduanya kenapa makan certain makanan jadi lambat hadam. Perut sebu & kembung.
Kalau asid banyak sepatutnya X ada la masalah lambat hadam tu kan?
Yang ketiga ramai yg senang cirit. Biasanya cirit tu di sebabkan kuman.
Kadang kadang ada org makan makanan yg sama dengan org lain tapi org lain X cirit tapi dia yang cirit.
Kalau asid banyak bukan ke sepatutnya kuman kuman tu boleh mati?
Bukan ke itu tandanya asid perut dia X mampu nak bunuh kuman kuman tu?
Yang keempat kenapa ramai yang berjaya dengan acv n lemon?
Padahal kedua duanya mempunyai sifat asid?
Yg ada masalah dengan kedua duanya sebenarnya ada masalah.yg lebih besar lagi.
Byk lagi sebab kenapa perlu lebih percaya kepada low stomach acid..cukup la 4 soalan tu.
==================================================================================================
Aku dan GERD
Nak jadikan asbab, aku pon baru kena awal bulan Jan lepas.
Sebelum ini memang aku dah ada gastrik, tapi tak sangka seserius mcm kena GERD sekarang.
Rasa macam serangan jantung, sesak nafas, berdebar2 dada rasa ketat, tekak rasa kering & rasa mcm terbakar salur tekak, nak makan tak boleh, rasa nak tercekik.
Badan rasa letih gila, rasa macam nak tidur saja. Naik tangga pon termengah mengah.
Malamnya tidur tak lena betul2, asyik terjaga tengah malam.
Esok nya pegi klinik, DR just cakap gastrik biasa. Tapi bagi aku bukan biasa2. Lain macam dia punya pegi gastrik ni woi.
Banyak hari juga aku tak boleh pergi kerja. pakai baju kemeja rasa rimas, apatah lagi kalau pakai helmet & jaket.
Patut la ada kebanyakan orang yang kena gerd, kualiti kerja & life memang drop.
.
.
Aku sudah jumpa Doktor di 5,6 klinik berlainan, semua sama juga jawapan, Gastrik biasa. kkm mahupon klinik swasta.
advice makan ubat Antasid, ubat angin, Famotidine.
Nasib ada klinik panel, tidak jenuh juga bil.
Betul kata sorang forumer tu, sesetengah Doktor memang tak alert dengan symtom GERD ni.
Ada 1 klinik tu, aku sampai dah rasa macam sesak nafas tak cukup oksigen, dia relaks lagi. Owh demam skit ni, hidung macam selesema.
Sakit perut, sesak nafas just bagi Antasid & ubat angin jugak.
Kita pula kena cari punca sendiri. akhirnya Google saja lah.
Selagi kita tak tau punca, dok pikir macam2 la dalam benak kepala ni.
.
.
Pada awal time kena memang tak jaga permakanan la pasal tak tau kena GERD.
2 kali time lewat malam aku pegi hospital kecemasan pasal jadi macam sesak nafas, berdebar, bimbang. kepala dah pikir macam2.
Rasanya Panic Attack. Bila check, tekanan darah ok & oksigen cukup.
Dalam 2 minggu duk minum antasid (MMT) + Ranitidine 150mg / Famotidine 20mg Dah kurang banyak sakit.
Oh ya, ECG pon aku buat 2 kali, alhamdulillah clear so far.
.
.
Awai bulan Feb balik kampung. Pekena nasi kandar, asam pedas la, Gulai & sambal tempoyak.
Memang AAA++ laa kalau balik kampung..esok pagi makan nasi lemak, kena semula sampai sekarang. Huhuu.
.
.
Sekarang dah kurang sikit. Cuma rasa perut memulas, angin banyak dalam badan masih ada.
Rasa sesak nafas & panic dah kurang. Sesekali menjengah juga.
Sendawa ada juga bila time gas banyak dalam perut.
Kalau dapat sendawa or kentut, rasa lega gila weh.
.
.
Sebelum ni ada pegi kkm kl, Dr sana cakap tak perlu buat surat sokongan untuk jumpa pakar Gastro or nak buat Endoscopy.
kes cuma akan di refer jika sakit kronik or dah lama sakit. Jem aku.
.
.
Aku cuba dapatkan surat sokongan dari kkm lain, Pergi walk in Hospital Selayang tanpa appointment, main redah saja sedangkan tu hospital pakar..hehehee.
Lepas submit surat, sehari lepas tu Hospital call, Alhamdulillah dapat appointment on 15 Mac '18 ni baru ambil darah. 2 April baru jumpa Doktor.
.
.
Sebelum ni klinik ada bagi ubat Nexium-Mups (Esomeperazol), lepas makan macam ok.
Bila dah habis, aku cari kat farmasi diorang rekemen beli Dexilant 60mg utk proton pump inhibitor (PPI).
bila makan rasa dahaga teruk, pening2, mual & tak sedap badan..
macam tak sesuai dgn badan pasal dos tinggi. So stop kejap.
.
.
Antara Faktor yang boleh menyumbang kena GERD untuk aku lah:
- Skip Breakfast & selalu biarkan perut kosong
- Lambat makan, diet makan tak teratur.
- Merokok (utk kes aku, maybe pasal Vape tegar)
- Makan pedas, masam. tak sah kalau tak makan pedas2
- minum kopi/nescafe dari sekolah rendah
- Tidur lewat & selalu makan lewat malam
- Kebelakangan ni sangat kurang bersenam
- Lepas makan berat terus berbaring atau Tidur boleh menyebabkan Asid reflux
.
.
So dari segi diet, apa yg Doktor inform & dari pembacaan aku, memang kena pantang macam ibu2 lepas bersalin jika nak cepat sembuh.
- makanan tak berminyak & berlemak
- tak pedas
- Makanan berangin
- makanan masam/berasid
- Makanan dalam tin
- Process food
- STOP minuman berkafein, kopi nescafe, tea (green tea ok kot)
- Elakkan minuman berabornat or dalam botol/tin tuh
.
.
Dari segi menu, susah juga nak atur diet untuk orang kena GERD ni.
Jenuh juga la nak makan yang bakar, rebus, kukus saja..
Langgar juga kadang2, makan juga ayam goreng, ikan goreng, telur goreng.
.
.
Sekarang ni maintain makan madu awal pagi, pastu makan ubat angin.
Doktor kkm Hkl rekemen ambil Domperidone 10mg & antasid (MMT), Ranitidine 150mg sebelum makan 2x sehari.
makan kena kerap tapi dalam kuantiti yang sikit.
Makan nasi kalau boleh segenggam sahaja & sebaiknya beras yang tiada kanji macam Herba Ponni. Jenuhhh
Ada juga kenalan rekemen makan Extra Virgin Coconut Oil (EVCO).
Tapi tak pasti sejauh mana keberkesanan ia.
.
.
Ada yang nak share any tips, info2, diet berkenaan GERD ni amatlah dialu alukan. Terima kasih
Ni ada blogger ni share pasal permakanan untuk yang mengalami GERD

Result scope aku buat bulan March 2018 lepas @ PPUM.
Last edited:
