BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengalaman Ekopelancongan Perkukuh Hubungan LBS-Media

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
46d5b1da05b21d51b6f22e690fd7914569d73a3da21fa

1c9e9621e23dc96bbd679ce3effcb63869d73a3389c14

e5f0f053ebeb9a33fa483a62d50b69d669d73a2a508b0

6626f4cec5e15a2295b52b1b6545660b69d73a21062fc


Bagi menghargai insan di sebalik lensa dan pena yang selama ini memainkan peranan penting dalam memperkukuh jenama serta pencapaian korporat, LBS Bina Group Berhad (LBS) buat julung kalinya menganjurkan Trip Apresiasi Media pada 4 dan 5 April lalu.

Menerusi program itu, Jabatan Komunikasi Korporat syarikat pemaju hartanah berkenaan membawa seramai 18 wakil media daripada pelbagai organisasi ke Bilut Hills Eco Resort, Raub, Pahang, bagi menikmati suasana alam semula jadi di destinasi ekopelancongan berkenaan.

Menurut LBS, penganjuran program itu bukan sekadar lawatan biasa, sebaliknya manifestasi penghargaan sempena ulang tahun ke-65 syarikat, selain memperkukuh hubungan erat yang sekian lama terjalin antara pihak media dan LBS.

Pengarah Eksekutif LBS Datuk Cynthia Lim berkata pihaknya komited untuk terus mempererat hubungan dengan rakan media serta mengharapkan kerjasama berterusan pada masa hadapan.

“Sokongan berterusan media menjadi antara pemangkin kejayaan LBS, termasuk pengiktirafan sebagai salah satu Syarikat Terurus Terbaik selama empat tahun berturut-turut,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat LBS Norazian Abdul Aziz berkata program itu dirancang dalam suasana santai bagi memupuk hubungan lebih erat serta mengukuhkan silaturahim dengan pengamal media.

“Kami amat menghargai sumbangan tidak ternilai daripada rakan media dan memahami sepenuhnya peranan mereka sebagai jambatan penting dalam menyampaikan maklumat korporat kami kepada khalayak lebih luas,” katanya.

Suasana santai di puncak bukit itu turut dimanfaatkan menerusi pelbagai aktiviti, termasuk pertandingan karaoke sebagai ruang kepada peserta merehatkan minda selepas seharian bertugas, selain menawarkan hadiah seperti pakej penginapan, baucar dan peralatan rumah.

Keberanian dan kecergasan peserta turut diuji menerusi kembara lasak kenderaan pelbagai permukaan (ATV), selain debaran meluncur di udara melalui aktiviti ‘flying fox’, sebelum mengasah ketepatan masing-masing dalam acara memanah.

 
Back
Top
Log in Register