BTC USD 81,903.2 Gold USD 4,080.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengacara 360, Ditangkap Postif Dadah

Pengacara TV ditangkap kerana positif dadah
May 12, 07 8:22pm
Seorang pengacara terkenal rancangan TV siasatan polis ditahan di
Johor Bahru semalam setelah ujian air kencingnya didapati positif
dadah. Pengacara itu bersama beberapa orang rakannya ditangkap dalam satu serbuan polis di sebuah kelab malam di
Jalan Abdullah Tahir.

Menurut laporan Bernama, seorang rakannya yang ditemui di luar
ibu pejabat polis Johor Bahru Selatan berkata, pengacara itu
berada di bandar itu untuk membuat penggambaran rancangan TV 360 Darjah terbitan NTV7.

Pengacara itu dibebaskan dengan jaminan polis tengah hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk Hussin Ismail mengesahkan tangkapan itu.

sumber :
http://www.malaysiakini.com/news/67155

iya ke ni....
mcm x caya aje....
dlm tv bukan main lagi ni.....:-?

apasal bila dia kena tangkap.. pastu dalam rancangan 999 tak keluar kesah dia kena tangkap? :(scam
 
wahaha,,,aku takleh bayangkan kalau citer dia kena tangkap masok 999..klaka seh...
 
mat gian: hang dah musnahkan kengkawan keluarga..masyarakat..agama dan bangsa...mcm mana ang bertobat nie...
mazidol: sy tak sengaja
mat gian: ahh aku tak tau, ang pusing belakang sat...biaq aku bg pengajaran hidup kat ang...haha:eek: :eek: :eek:
 
Tak habis2 lagi ke citer neh!! emm emm
 
Ujian air kencing Mazidul negatif

Utusan Malaysia pagi ni....

JOHOR BAHRU 12 Jun – Ujian air kencing bekas pengacara rancangan 360 terbitan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3), Mazidul Akmal Sidek dan penerbit Fadzli Ramli, yang ditahan pada 12 Mei lalu kerana dipercayai mengambil dadah, di sebuah disko di Jalan Abdullah Tahir, di sini dapati negatif.

Kesemua ujian air kencing yang dijalankan di Jabatan Patologi, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini mendapati tiada kesan dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, Asisten Komisioner Harris Wong ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan mengenai keputusan air kencing yang diserahkan oleh pihak hospital kepada polis.

Beliau berkata, daripada tujuh suspek yang ditahan, dua daripadanya menunjukkan tanda negatif iaitu air kencing milik Mazidul dan Fadzli.

Turut ditahan bersama mereka atas dakwaan mengambil dadah jenis methamphetamine ketika itu ialah Johari Sarkon, 34, Tumijah Adras, 34, Umaisyah Abd. Rahim, 25, Mohd. Nasir Jamil, 23, dan Johari Mohamed, 34.

Kesemua mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada 14 Mei lalu.

Bagaimanapun, kelima-lima yang ditahan itu tidak bernasib baik kerana ujian air kencing mereka didapati positif.

mmmmmmmm......bole caya ke ni....cover line kot...:p
 
Wahh!! hebat...yg positif bleh jadi negatif nii...ish ish ish...kuat balik kat tv nanti malu jugak ...toksah tipulah..melainkan muke die mmg tebal seinci..hihihi
 
Back
Top
Log in Register