noorizam
Fun Poster
- Messages
- 846
- Joined
- Nov 14, 2006
- Messages
- 846
- Reaction score
- 0
- Points
- 10
Pengacara TV ditangkap kerana positif dadah
May 12, 07 8:22pm
Seorang pengacara terkenal rancangan TV siasatan polis ditahan di
Johor Bahru semalam setelah ujian air kencingnya didapati positif
dadah. Pengacara itu bersama beberapa orang rakannya ditangkap dalam satu serbuan polis di sebuah kelab malam di
Jalan Abdullah Tahir.
Menurut laporan Bernama, seorang rakannya yang ditemui di luar
ibu pejabat polis Johor Bahru Selatan berkata, pengacara itu
berada di bandar itu untuk membuat penggambaran rancangan TV 360 Darjah terbitan NTV7.
Pengacara itu dibebaskan dengan jaminan polis tengah hari ini.
Ketua Polis Johor Datuk Hussin Ismail mengesahkan tangkapan itu.
sumber :
http://www.malaysiakini.com/news/67155
iya ke ni....
mcm x caya aje....
dlm tv bukan main lagi ni.....:-?
apasal bila dia kena tangkap.. pastu dalam rancangan 999 tak keluar kesah dia kena tangkap?
