BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penetapan Kadar Tambang ECRL Akan Dibuat Berdasarkan Kajian Menyeluruh - Loke

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
9209bba8341ba355cefac557cf27b9cc697b13fbcb954

KOTA BHARU, 29 Jan -- Menteri Pengangkutan Anthony Loke (dua, kanan) meninjau kerja-kerja pembinaan stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Kota Bharu di Bandar Baru, Tunjong hari ini.

Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Datuk Seri Darwis Abdul Razak (kiri).

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Penetapan kadar tambang perjalanan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dibuat berdasarkan kajian menyeluruh oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berkaitan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata kadar tambang perlu ditentukan melalui kajian terperinci dan akan diumumkan beberapa bulan sebelum operasi bermula.

“Pada masa ini, kementerian menumpukan kepada kerja-kerja pembinaan dan pemasangan bagi memastikan projek disiapkan sepenuhnya mengikut jadual. Fasa ujian serta pentauliahan merupakan aspek penting yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum penetapan kadar tambang,” katanya.

Loke berkata demikian selepas melawat Feeder Station 01 dan Stesen ECRL Kota Bharu, di sini hari ini.

Pembinaan ECRL sepanjang 665 kilometer (km) mencatatkan kemajuan keseluruhan sebanyak 90.81 peratus setakat Disember 2025, sekali gus mengatasi sasaran projek sebanyak 90 peratus.

Pencapaian itu disokong oleh penyiapan kerja pengorekan kesemua 14 terowong, pemasangan lebih 500 km landasan serta pemasangan lebih 12,000 tiang Overhead Catenary System (OCS) bagi bekalan aliran elektrik.

Beliau berkata pembinaan Stesen ECRL Kota Bharu mencatat kemajuan keseluruhan sebanyak 82.06 peratus setakat Disember 2025 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang suku kedua 2026.

Pembinaan Stesen Kota Bharu di atas tanah seluas 20.94 hektar itu menampilkan reka bentuk berteraskan konsep Rumah Meleh Melayu dan Bunga Ketam Guri, selain dilengkapi pelbagai kemudahan, termasuk 500 petak tempat letak kereta, kawasan mengambil dan menurunkan penumpang, laluan pejalan kaki berbumbung serta kuarters pekerja serta kru kereta api.

Bekalan elektrik 132 kilovolt dari Pencawang Masuk Utama ke Feeder Station 01 telah berjaya diaktifkan lebih awal daripada jadual.

 
Back
Top
Log in Register