BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SEGiM Akan Bincang Isu Kadar Tambang E-hailing - Loke

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,156
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,156
Reaction score
346
Points
141
40a73fd94fd4e25ba184e4e4688ea51769b93c93ca78a

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menyampaikan edaran pek Hari Raya Aidilfitri 2026 kepada penumpang KTMB di Stesen Sentral Kuala Lumpur hari ini.

Sebarang perubahan dasar dalam industri e-hailing perlu dikaji dengan teliti kerana boleh memberi implikasi luas kepada keseluruhan ekosistem perkhidmatan itu, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata pihaknya mengambil maklum kebimbangan dikemukakan oleh kumpulan pemandu e-hailing mengenai ketiadaan dasar tambang lantai atau minimum dalam industri berkenaan dan isu itu akan dibincangkan oleh Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM).

“Sebarang perubahan dasar akan memberikan implikasi tertentu. Walau bagaimanapun, suruhanjaya (SEGiM) telah pun ditubuhkan dan isu berkaitan komisen serta kadar tambang akan dibincangkan di peringkat tersebut nanti,” katanya ketika ditemui selepas menyantuni dan mengedarkan 500 pek hari raya kepada penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di KL Sentral, di sini hari ini.

Baru-baru ini, pertubuhan Sahabat E-hailing Malaysia menggesa pihak berkuasa untuk mengawal selia struktur harga perkhidmatan e-hailing memandangkan terdapat ruang eksploitasi terhadap pemandu di bawah dasar sedia ada.

Menurut pertubuhan itu, kuasa penetapan tambang e-hailing diberikan sepenuhnya kepada syarikat penyedia perkhidmatan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 (Akta A1552).

Kumpulan berkenaan memberi amaran bahawa tanpa penetapan harga lantai, pemandu akan terus terdedah kepada eksploitasi serta berdepan tekanan ekonomi yang semakin meningkat.

 
Back
Top
Log in Register