BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penentuan kiblat

wan12345

Active Member
Messages
2,455
Joined
May 12, 2006
Messages
2,455
Reaction score
21
Points
25
PASTINYA sesuatu yang memeranjatkan apabila seorang jemaah yang kerap mengunjungi masjid kariahnya mendapati pada suatu hari, tiba-tiba arah kiblat yang bertahun-tahun digunakan sudah berubah!

Situasi itu bukanlah sesuatu yang asing terutama membabitkan masjid atau surau lama yang dibina lebih 20 tahun lalu.

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Falak Syarie Jabatan Mufti Selangor, Rizal Ramli, berkata pihaknya kini menerima beberapa aduan berhubung kesilapan ketepatan arah kiblat pada masjid dan surau lama.

“Selain menerima aduan, kami sentiasa menjalankan pemantauan dan turun padang untuk mengukur ketepatan arah kiblat masjid di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, bagi kes masjid atau surau yang merasakan kiblat mereka tidak tepat, Jabatan Mufti negeri akan mengukur semula arah kiblat yang tepat menggunakan teknologi terkini seterusnya mengeluarkan sijil perakuan.

“Selepas proses mengukur semula arah kiblat yang tepat, kami akan meminta pihak masjid atau surau membetulkan kembali arah kiblat yang digunakan sama ada membetulkan kedudukan hamparan karpet atau cara lain yang difikirkan sesuai,” katanya.

Beliau berkata, antara faktor menyebabkan perbezaan ketepatan arah kiblat pada masjid atau surau lama adalah kaedah dan teknologi digunakan ketika itu berlainan dengan teknologi pada hari ini.

EXCO Johor, Datuk Zainal
Abidin Osman meletakkan
tanda anak panah bagi menentukan
arah kiblat selepas ketepatan
dikenal pasti.

“Dulu, apabila masjid atau surau dibina di Selangor, pihak yang menentukan arah kiblat adalah juruukur yang dilantik oleh kontraktor dan mereka akan mendapatkan pengesahan daripada kadi daerah.

“Bermula 2001, penentuan arah kiblat ditentukan oleh Bahagian Falak Syarie Jabatan Mufti Selangor dan kami menggunakan peralatan teknologi terkini serta mengikuti kursus bagi mendapatkan lebih kemahiran dalam bidang ini,” katanya.

Katanya, ada beberapa kaedah yang digunakan orang ramai di negara ini dalam menentukan kedudukan kiblat. Antaranya menggunakan kompas atau merujuk kepada arah terbenamnya matahari.

“Apabila menggunakan kompas, perlu digunakan di kawasan yang lapang dan jauh daripada besi atau arus elektrik yang akan menyebabkan gangguan tarikan magnetik pada jarum kompas seterusnya arah ditunjukkan adalah tidak tepat.

“Untuk berpandu kepada matahari pula, ia memerlukan kemahiran kerana kedudukan matahari yang benar-benar tepat di atas Kaabah hanyalah berlaku sebanyak dua kali setiap setahun iaitu pada 28 Mei (5.16 petang) dan 16 Julai (5.28 petang),” katanya.

Beliau berkata, selain dua tarikh berkenaan, kedudukan matahari serta bayang-bayangnya boleh dijadikan panduan menentukan arah kiblat berdasarkan tarikh dan masa tertentu tetapi memerlukan ilmu dan kemahiran bagi mengukur jaraknya.

“Bagi mereka yang ingin menentukan arah kiblat di rumah, mereka boleh berpandukan arah kiblat masjid berdekatan atau menggunakan kompas tetapi perlu diingat, penggunaan kompas hendaklah di luar rumah, bukan di dalam rumah kerana di dalam rumah ada banyak besi dan arus elektrik,” katanya.

FAKTA

Kaedah moden tentu kiblat

Pengiraan arah kiblat

Hitungan adalah berdasarkan kepada konsep arah di sepanjang bulatan gedang bumi (great circle).

Membabitkan model matematik sfera yang mengandungi koordinat geografi tempatan dan koordinat geografi rujukan (Kaabah).

Kompas Prismatik

Penandaan arah kiblat dengan kompas banyak diamalkan di kalangan masyarakat Islam masa kini. Arah yang ditunjukkan oleh sesuatu kompas adalah arah merujuk ke arah utara.

Arah utara magnet pula tidak semestinya bersamaan dengan arah utara benar. Perbezaan arah utara ini dipanggil sebagai sudut serong magnet.

Antara masalah yang boleh timbul menggunakan kompas ialah tarikan graviti tempatan yang mana ia terkesan dari kewujudan bahan logam atau arus elektrik di sekeliling kompas yang digunakan.

Boleh digunakan sebagai alat alternatif jika alat yang lebih sesuai tidak ada.

Penggunaan Teodolit

Teodolit adalah antara alat termoden yang diguna pakai oleh kebanyakan juru ukur dan pihak yang melakukan kerja menentukan arah kiblat.

Alat itu digunakan untuk mengukur bacaan sudut secara mendatar dan menegak. Ia memberi kejituan bacaan tinggi dan tepat.
 
wakakaa..
thanx for the info..
actually aku bekerja di Jabatan Mufti Pahang..
tp under bahagian Falak dan Sumber Maklumat..
aku sebenarnya bhgn komp jek..
oleh kerana bahagian aku cuma ada Penolong Pegawai dan aku jek..
aku sll laa buat keje keje Falak neh..
mmg banyak pun kubur dan masjid or surau lari arah kiblat..
sbb zaman dulu laen.. x de teknologi..
skrg pon Jabatan aku nak pelbetulkan balek semua yg salah kat Pahang neh..
kekeke.. thanx for the info.. :)

Teodolit tuh rege dea sebiji kete waja tuh..
 
wau...serius gak masalah nie.....
x sangka plak banyak masjid yg kiblat dia salah arah
aku pun nk beli kompus solat arr.....
benda lain mampu beli....
untuk ibadat berat plak...adoiii
 
tau.. x pew..
kompas tuh mmg betul.. dah leh gune pakai..
tp zaman skrg kompas tuh banyak salah..
so nak 100% betul kene laa pakai teodolit tuh..
:p
tp pengiraan dea mak ai..
pening kepala..
 
aku ikut sumer panduan yg betul..
harus dicontohi oleh mana2 negeri ni..
 
Umat Islam di Malaysia boleh menentukan arah kiblat yang tepat pada 28 Mei 2012 jam 5.16 petang pada setiap tahun. Pada saat tersebut, posisi matahari akan berada tepat di atas Kaabah di Mekah. Fenomena ini hanya berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei 2012 jam 5.16 petang dan 16 Julai 2012 jam 5.28 petang.





Umat Islam di Malaysia boleh menggunakan saat keemasan ini bagi menentukan kiblat yang tepat kerana banyak ibadah bersangkut-paut dengan arah kiblat dalam Islam. Sebagai seorang Islam, amat penting pemilihan kiblat yang tepat kerana perselisihan satu darjah daripada arah kiblat yang betul menyebabkan seseorang itu tersasar 125 kilometer daripada arah Kaabah.!

Kekeliruan Umat Islam

Umat Islam di Malaysia khususnya sering terkeliru dengan teori penentuan arah kiblat berdasarkan arah matahari terbenam. Teori tersebut tidak benar sama sekali kerana penentuan arah kiblat berdasarkan arah matahari terbenam hanya boleh dilakukan dua kali dalam setahun iaitu pada tarikh yang telah diberitahu di atas. Jesteru, pada tarikh selain daripada tarikh tersebut tidak boleh diguna-pakai bagi penentuan arah kiblat yang tepat. Miskipun demikian, umat Islam kini sudah boleh menguji arah kiblat dengan menggunakan kompas yang dicipta khas bagi penentuan arah kiblat.





Tips Penentuan Arah Kiblat

1. Pacakkan tiang atau kayu yang lurus di kawasan yang lapang.

2. Letakkan tali yang dihujungnya mempunyai pemberat bagi menentukan arah kiblat.

3. Semak jam dengan jam radio atau jam ASTRO kerana ia telah ditetapkan mengikut piawaian SIRIM.

4. Fenomena pada 28 Mei nanti akan berlaku pada waktu petang, dengan itu bayang matahari akan jatuh di sebelah Timur. Oleh yang demikian, arah kiblat yang tepat akan menghadap arah Barat.​
 
Back
Top
Log in Register