BTC USD 83,340.4 Gold USD 4,123.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendudukan Jepun

sama la sapa2 yang menjajah malaya dulu, kalau bukan penjajah Islam, jangan harap depa nak tegakkan Islam...wallahua'alam.....
 
byk video ada kat youtube.

kalau tak kerana bom Atom US, kita dah merdeka lebih awal dari Jepun.kita tak perlukan anjing British umno.

aku paling menyampah orang2 macam ni. anjing? kurang asam betul kau ni.

kalau aku panggil kau anjing kau marah tak? kalau tak suka pun guna bahasa yang baik skit.

bukti mana yang kau kata kalau tak kerana bom Atom Us tu kita dah merdeka lebih awal? untuk makluman kau la, sehingga takat ini, apa yang aku tahu ialah jepun memang nak jajah asia tenggara (termasuk tanah melayu). Jepun tak ada niat nak bagi kemerdekaan pada mana-mana negera pun, nak jajah lagi ada la. propaganda je tu yang menyatakan jepun datang nak menyelamatkan asia.

kalau kau nak kata indonesia diberikan kemerdekaan oleh Jepun, itu dakyah kata aku. sebab, waktu jepun nak beri kemerdekaan pada indonesia (dan sepatutnya tanah melayu) maharajaya jepun dah menyerah kalah kepada pakatan berikat.

jadi, pada pendapat aku, kita memang takkan merdeka awal daripada jepun, silap hari bulan sampai sekarang kita masih dijajah jepun.
jadi jangan jadi anjing yang gonggong fakta buta2.
 
relax bro. rasanya dia peminat setia maria ozawa kot. tu yang suka sangat kat jopun nih :eek:
 
erm...tp mcm mana dgn thai?asia tenggara gak tu..dia tak kaco pun thai...:D kdg2 kita kena ati2..sejarah mmg boleh di auta dgn kuasa yg ada..:)cgrock
 
erm...tp mcm mana dgn thai?asia tenggara gak tu..dia tak kaco pun thai...:D kdg2 kita kena ati2..sejarah mmg boleh di auta dgn kuasa yg ada..:)cgrock

betul..sejarah bole di auta...

aku sebenarnya buta sejarah sikit la....
bole tolong explain x..
semasa negara kita nak merdeka..tahun 1957 kan.
pada waktu itu, ada Angkatan Wanita Sedar(AWAS), arti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API). tujuan mereka ni pastinya adalah untuk memerdekakan tanah melayu pada waktu itu. tetapi mengikut sejarah, mereka ini berhaluan kiri. mengapa mereka berhaluan kiri? kan mereka pn nak memerdekakan tanah melayu..seperti umno juga? kenapa umno bukan haluan kiri?
selain itu juga, mengapa presiden pertama umno keluar dari negara dan menubuhkan parti Negara?

ada lagi soalan aku nak tanya...tapi tanya ini dulu la. hehe
sebenarnya aku nak tanya cikgu sejarah kat sekolah aku..tapi x sempat nak jumpe dia plak..
mana tau cgrianz ada yang pakar sejarah?:D
 
aku bukan pakar sejarah tapi nak komen skit je.
pertubuhan seperti AWAS, API dan KMM merupakan pihak berhaluan kiri kerana mereka memperjuangkan kemerdekaan dengan cara tidak bekerjasama dengan British pasal tu la mereka ini di panggil berhaluan kiri.

memang mereka hendak kemerdekaan tetapi dengan syarat2 yang tidak akan membolehkan kita mencapai kemerdekaan dalam masa terdekat. sebagai contoh KMM (kesatuan melayu muda) hendak bergabung dengan indonesia untuk membentuk indonesia raya (yang confirm sampai sudah bangsa melayu kat malaysia akan didiskriminasikan). AWAS dan API pula agak ke arah Komunis.

salam.
 
Dh lame xbace psal sejarah ni...
dulu sekolah jek...

:):):):):)
 
Pendaratan Jepun di Tanah Melayu berlaku secara sepantas kilat. Tempoh antara waktu konvoi Jepun berlepas dari Saigon, Indochina Perancis menuju ke arah selatan pada 6 Disember 1941 sehingga pendaratannya di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Disember 1941 cuma mengambil masa tiga hari. Mitos keunggulan ketenteraan British di Timur Jauh dimusnahkan dalam tempoh 69 hari sewaktu Singapura, yang merupakan pusat pangkalan Tentera British di Timur Jauh, melutut kepada kekuatan pihak Jepun pada 15 Februari 1942.

6 Disember 1941

Pada hari Sabtu, 6 Disember 1941, pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat, yang membawa perutusan penting, masuk ke persidangan di Manila, Filipina antara Laksamana Thomas C. Hart, pegawai pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (U.S. Asiatic Fleet), dan Laksamana Sir Thomas Phillips, pemerintah Tentera Laut British, Timur Jauh.

Sebuah pesawat peninjau Lockheed Hudson Australia yang berpangkalan di lapangan terbang Tanah Melayu terjumpa konvoi Jepun yang berlepas dari Saigon, Indochina Perancis. Komander pesawat tersebut, Pegawai Penerbangan Ramshaw, melaporkan pada mulanya hanya tiga buah kapal belayar, diikuti selepas itu oleh sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut lain. Angkatan itu diiringi oleh sebuah kapal tempur, lima buah penjajap dan tujuh buah kapal pembinasa (Ramshaw tersilap melaporkan kapal penjajap berat sebagai kapal tempur). Pada pendapatnya, kapal-kapal tersebut tengah menuju ke arah Thailand yang berkecuali, atau ke Tanah Melayu.

Ini merupakan isyarat yang amat jelas kepada kedua-dua laksamana bahawa perang akan meletus. Kedua-dua laksamana itu bertindak dengan segera. Empat buah kapal pembinasa Amerika Syarikat di Balikpapan menerima arahan agar belayar ke laut lepas, sementara Laksamana Muda Arthur E.F. Palliser dan Panglima Besar Phillips menerima arahan agar memerintah HMS Repulse untuk membatalkan pelayarannya ke Darwin, Australia, dan kembali ke Singapura secepat mungkin. Lebih banyak perutusan mengenai konvoi Jepun tiba. Pesawat British diperintahkan agar melakukan lebih banyak penerbangan peninjauan lanjut, tetapi pihak Jepun bernasib baik pada hari itu kerana cuaca buruk menghalang pesawat British daripada berlepas. Pada pukul 7 petang, angkatan penjajahan Jepun bertukar arah dan belayar ke utara menujui Teluk Siam.

7 Disember 1941

Pasukan penyerang utama Jepun bagi penjajahan Tanah Melayu, Tentera Ke-25 di bawah pimpinan Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita, telah belayar daripada Pelabuhan Samah di Pulau Hainan pada 4 Disember 1941. Kapal tambahan yang membawa lebih banyak tentera bergabung dengan konvoi dari Saigon, Indochina Perancis. Pada kedua-dua hari 6 dan 7 Disember, pesawat Lockheed Hudson yang diterbangkan oleh Skuadron No.1 RAAF, Kota Bharu, dan Skuadron No.8 RAAF, Kuantan, menjumpai dan cuba mengekori kapal-kapal ini.

Pada 7 Disember, bot terbang PBY Catalina dari Skuadron No. 205 RAF yang diketuai oleh Pegawai Penerbangan Bedell, ditembak jatuh oleh pesawat Jepun semasa cuba memantau kemajuan angkatan Jepun. Pegawai Penerbangan Bedell dan anak-anak kapalnya menjadi korban Pihak Berikat pertama dalam peperangan menentangi Empayar Jepun. Pada pukul 10.00 malam., konvoi penjajahan Jepun berpecah ke arah kedudukan pendaratan yang telah diatur sebelumnya. Peperangan di Pasifik hampir bermula.

8 Disember 1941

Leftenan-Jeneral Yamashita, Komander tentera Jepun ke-25
Leftenan-Jeneral Percival, Pegawai Jeneral Pemerintah Tanah Melayu pada masa penjajahan Jepun pada Disember 1941

Pada pukul 10.30 petang, persidangan ketua Pemerintah Tanah Melayu (Malaya Command) diadakan di Bilik Perang Pangkalan Tentera Laut di Singapura. Marsyal Udara Sir Robert Brooke-Popham, pegawai pemerintah kesemua pasukan British di Timur Jauh, teragak-agak untuk melancarkan Operasi Matador — penawanan Thailand Utara. Beliau memutuskan untuk melewatkan operasi tersebut, sekurang-kurangnya bagi malam itu. Ini kerana sekiranya beliau silap, ini akan mencetuskan perang dengan Thailand. Sebaliknya sekiranya beliau terbukti benar, tentera Thailand masih mungkin menentang kemaraan tentera British, dan persiapan logistik tentera British untuk bergerak masih belum bersedia sepenuhnya. Sejurus selepas tengah malam pada 7/8 Disember, sekumpulan pengawal India di Kota Bharu ternampak tiga bayangan besar, kapal pengangkut IJN: Awajisan Maru, Ayatosan Maru, dan Sakura Maru berlabuh sekitar 3 kilometer dari pantai Kota Bharu. Kapal-kapal tersebut membawa sekitar 5,200 orang askar daripada Detasmen Takumi, diketuai oleh Mejar Jeneral Hiroshi Takumi yang berada di atas kapal pengangkut IJN Awajisan Maru. Sebahagian besar daripada mereka merupakan bekas perajurit, yang pernah melalui beberapa bulan latihan lasak dan pertempuran di dalam hutan China. Tentera tersebut terdiri daripada:

* Rejimen Infantri Ke-56 (Kolonel Yoshio Nasu, di atas kapal pengangkut IJN Sakura Maru)
* sepasukan daripada Rejimen Meriam Gunung Ke-18 (Leftenan Kolonel Katsutoshi Takasu)
* Rejimen Kejuruteraan Ke-12 (Leftenan Kolonel Ichie Fujii)
* Divisyen Unit Isyarat Ke-18
* satu kompeni Rejimen Pengangkutan Ke-12
* satu kompeni Divisyen Unit Perubatan Ke-18
* Hospital Lapangan No. 2 daripada Divisyen Unit Perubatan Ke 18.

Mereka diiringi oleh angkatan pengiring yang kuat (Pasukan Penjajah Kota Bharu) di bawah pemerintahan Laksamana Muda Shintaro Hashimoto. Pasukan Penjajah Kota Bharu terdiri daripada penjajap ringan Sendai, kapal pembinasa Ayanami, Isonami, Shikinami, dan Uranami, kapal penyapu periuk api No. 2 dan No. 3, serta pemburu kapal selam No. 9.
Meriam yang digunakan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia II di Tanah Melayu.

Beberapa saat kemudian, pengawal pantai mendengar peluru meriam berterbangan di atas kepala mereka. Perang Dunia II di Pasifik telah bermula, semasa pesawat Jepun dari kapal induk Nagumo masih lagi dalam perjalanan bagi menyerang Pearl Harbor. Pesawat pendarat mulai dilepaskan sebaik sahaja kapal pengangkut berlabuh. Angin yang kuat dan laut bergelora menyukarkan operasi dan beberapa kapal kecil terbalik dan menyebabkan beberapa tentera Jepun lemas. Sungguhpun berhadapan dengan kesukaran sedemikian pada jam 12.45 pagi, gelombang pertama kapal pendarat yang mengangkut tentera di bawah pimpinan Kolonel Masu menghala ke pantai dalam empat baris. Briged Infantri India Ke-8 yang diketuai oleh Brigadier B.W. Key, sebahagian Divisyen Infantri British-India Ke-9, merupakan pasukan pertahanan utama di Kota Bharu, disokong oleh Pasukan Meriam Gunung Ke-21 yang terdiri daripada empat laras meriam katak 3.7 inci (Mejar J.B. Soper). Sebatalion Dogras Ke-3/17 bertanggungjawab mengawal sepuluh batu perbatasan Pantai Dasar Sabak yang termasuk dalam matlamat pendaratan Jepun. Tentera tersebut telah memasang periuk api dan kawat duri serta membina beberapa kubu kecil. Mereka disokong oleh Pasukan Meriam Lapangan Ke-73 daripada Rejimen Lapangan Ke-5, bersebelahan dengan lapangan terbang. Inilah detik-detik permulaan bagi Penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

hahaha..
Bangga nya aku...
Kampung aku masuk sejarah..
Pantai Sabak, tanah tumpah darahku..
huhuhuhu...
:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
jepun dh tkde tp nama dia tetap ada kt malaysia ni ya "selipar jepun"-padahal selipar tu bkn jepun yg buat,"penampar jepun" muehehehehehe
 
Back
Top
Log in Register