Kisah kerajaan sepenggal di jepun

CG Sponsors




azlann1981

Super Active Member
Joined
Apr 13, 2006
Messages
5,509
Reaction score
222
Points
73
Hari ini, parti Liberal Democratic Party (LDP) yang merupakan sebuah parti konservatif-nasionalis yang berhaluan kanan memerintah Jepun. Parti ini boleh diumpakan seperti mana Barisan Nasional kerana sudah lama memerintah Jepun lebih 50 tahun.

Namun, pada tahun 2009, sebuah parti pembangkang iaitu Democratic Party of Japan (DPJ) berjaya menang pilihanraya Jepun mengalahkan parti yang terlalu lama bertakhta ini. Kekalahan ini sangat bersejarah kerana buat kali pertama dalam sejarah Jepun sejak 1955, LDP tewas dalam pilihanraya.

DPJ berjaya menguasai 308 buah kerusi dalam parlimen Jepun. 193 buah kerusi berjaya dirampas oleh DPJ. LDP pula kehilangan 181 buah kerusi mereka, dan hanya mampu mempertahankan 119 buah kerusi sahaja. Banyak nama-nama hebat dalam politik Jepun ketika itu yang menjawat jawatan menteri rebah di kaki DPJ.

Taktik politik DPJ ketika itu mudah, mereka berkempen membawa perubahan daripada rejim LDP yang memerintah Jepun. Mereka menjanjikan pelbagai transformasi dalam kerajaan dalam kerajaan. Manifesto yang dijanjikan tertakluk kepada lima perubahan iaitu mengurangkan pembaziran belanja kerajaan, mengurangkan kos penjagaan anak dan pendidikan, reformasi dalam skim pencen dan perubatan, dan mempertingkatkan kedaulatan ekonomi Jepun.

Pada awal pemerintahan DPJ, harapan rakyat terhadap perubahan yang dijanjikan oleh mereka sangatlah tinggi. Kabinet yang diperkenalkan oleh Yukio Hatoyama, Perdana Menteri yang dipilih oleh DPJ itu mendapat sokongan setinggi 70 peratus oleh masyarakat. Selepas 3 tahun berkuasa, hanya 30 peratus sahaja janji-janji dalam manifesto mereka yang berjaya ditunaikan daripada lebih 170 janji yang mereka ikrar sebelum PRU.

Antara faktor kegagalan ini ialah janji-janji kerajaan DPJ terlalu populis seperti pendidikan percuma untuk peringkat pendidikan sekolah menengah atau memberi elauns penjagaan anak. Agenda utama ialah untuk mengurangkan beban hutang yang ditanggung Jepun tidak berjaya dilaksana padahal itulah yang menjadi bahan kempen mereka.

Banyak alasan yang dilontarkan oleh parti DPJ. Mereka
menyalahkan beban ekonomi yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu sebagai punca
kenapa mereka gagal melakukan reformasi. Mereka juga menyalahkan beban membantu
kos perubatan dan pencen masyarakat tua di Jepun juga sebagai punca utama kerana
mereka tidak mampu meneruskan janji-janji dalam manifesto seperti menghapuskan tol. Mereka menjanjikan untuk
menghapuskan sistem birokrasi yang membelenggu Jepun, namun apabila sistem itu
dinyah dari negara Jepun, mereka tidak punya sistem yang efisien menggantikannya
semula.

Kegagalan mereka membuatkan rakyat mula beromantis
mengenai perubahan-perubahan yang benar-benar berlaku ketika era pemerintahan
Ryutaro Hashimoto dan Junichiro Koizumi yang merupakan nama besar bagi LDP.
Bagi mereka, era-era seperti ini lebih membawa reformasi dan perubahan
berbanding mereka di bawah DPJ. DPJ yang sebelum ini banyak mengkritik LDP di
atas pelbagai tuduhan seperti korupsi, projek mega yang merugikan akhirnya
terpaksa menjilat ludah mereka sendiri apabila menjadi kerajaan, mereka pula
mengulanginya.

Projek kerajaan LDP sebelum ini seperti Empangan
Yanba di Jepun yang diserang dengan begitu dasyat oleh DPJ tiba-tiba disambung
pembinaan. U-turn dalam polisi kerajaan DPJ ini membuatkan orang tertanya-tanya
apakah mereka serius dalam mentadibir negara? Tidak cukup dengan itu, mereka
pula terpalit dengan skandal besar.

Misalnya Perdana Menteri DPJ yang pertama, iaitu Yukio
Hatoyama sendiri terlibat dalam skandal rasuah. Berita skandal ini masuk ke media
massa, dibahaskan oleh ramai orang memaksa Hatoyama meletakkan jawatan. Naiknya
Naoto Kan yang merupakan Menteri Kewangan menjadi perdana Menteri menggantikan
Hatoyama.

Keyakinan rakyat pulih sejenak, namun kegagalan Naoto
Kan melakukan reformasi yang mereka janjikan, membuatkan keyakinan itu runtuh semula.
Bila dilihat semula, DPJ hanya banyak meneruskan langkah-langkah yang dibuat
oleh kerajaan sebelumnya. Jadi, orang ramai mula tertanya-tanya, dimanakah
reformasi yang mereka janjikan?

Kemuncaknya ialah apabila gempa bumi tahun 2011 gagal diuruskan oleh DPJ. Kegagalan pengurusan bencana, kelembapan respon DPJ pada tragedi gempa bumi dan kebocoran loji janakuasa nuklear Fukushima membuatkan rakyat Jepun kata “enough is enough”. DPJ bukanlah seperti mana yang mereka janjikan. Euphoria kemenangan DPJ telah lama padam dalam diri masyarakat Jepun. Bancian yang dijalankan memaparkan 70 peratus sokongan rakyat untuk mereka merudum kepada 20 peratus sahaja.

Dalam pilihanraya seterusnya pada tahun 2012, kita menyaksikan LDP di bawah pimpinan yang baru iaitu Shinzo Abe telah bekerjasama dengan New Komeito Party, sebuah parti beragama Buddha berhaluan Konservatif di Jepun. Kerjasama dua parti ini telah berjaya menang bergaya, merampas semula takhta mereka yang hilang sebelum ini. Mereka meraih 176 buah kerusi tambahan, menjadikan penguasaan mereka mencecah 294 buah. DPJ telah kehilangan 251 kerusi, hanya mampu untuk mempertahankan 57 kerusi sahaja berikutan kegagalan reformasi mereka.

Kredit : https://www.thepatriots.asia
 
Last edited:
Sponsored Post

faizk

Super Active Member
Joined
May 31, 2010
Messages
7,539
Reaction score
34
Points
70
mgkin kah episod yg sama akn berlaku di mesia nih?
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,548
Reaction score
1,961
Points
206


bagi la kredit kepada the patriots kot ye pun tt oi.
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,273
Reaction score
1,681
Points
206
deja'vu???
cuma menteri kewayangan confirm bukan next PM
 

thetu5

Active Member
Joined
Nov 25, 2007
Messages
1,660
Reaction score
31
Points
30
jepun lain
mentaliti rkyat lain

malaysia?
mgkin jadi kerajaan kekal smpi anak cucu
smua nk pree nk bntuan

kerjanya malas...
dh pm7 ckp melayu malas kn
 

amimng

Fun Poster
Joined
Jul 8, 2012
Messages
722
Reaction score
11
Points
15
nti org jepun pon pkat sound.. hancingggg (tp dlm bahasa jepun la)
 
Joined
Jun 13, 2019
Messages
1,083
Reaction score
35
Points
30
ROS boleh haramkan UMNO. setel. Bekukan akaun umno.

Aku tak rasa PH kalah pasni.Spr tu org mrk
 

gimau

Active+ Member
Joined
Oct 13, 2011
Messages
3,264
Reaction score
275
Points
41
ROS boleh haramkan UMNO. setel. Bekukan akaun umno.

Aku tak rasa PH kalah pasni.Spr tu org mrk
bukan SPR je... suma kedudukan strategik agensi k'jaan diisi geng diaorg.. AG, SPRM etc... mmg rasanya jadi k'jaan selama2nya PH nih selagi rakyat tk memberontak.... masa tuh nanges air mata darah pun tak guna dahh...
 

mrbukan2

Fun Poster
Joined
Jan 19, 2012
Messages
633
Reaction score
27
Points
30
Tak kisahlah siapa kerajaan Malaysia lepas PRU15, yang penting kerajaan tersebut boleh bawa kesejahteraan kepada Malaysia.

Sepatutnya, menteri2 dan jawatan2 penting dalam kerajaan, bagi lah pada mereka yang berkelayakan.

Bila jawatan penting diberi pada mereka yang *****, jadi merapu Malaysia.
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
23,573
Reaction score
2,953
Points
201
xmustahil akan jadi benda yang sama kat sini..

kat sini ada dah kegagalan pengurusan bencana yang berlaku di pasir gudang..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register