BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk tidak tenteram diganggu bunyi misteri

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
3949.jpeg


LONDON – Penduduk sebuah bandar di Britain hidup dalam keadaan tidak tenteram akibat diganggu oleh bunyi berdengung misteri tanpa henti, lapor akhbar Daily Star semalam.

Bunyi aneh itu membelenggu penduduk bandar Immingham, North East Lincolnshire di England sejak beberapa tahun lalu.

Penduduk yang boleh mendengar bunyi itu di dalam rumah mereka menyifatkannya sebagai satu bentuk penyiksaan sehingga ada yang terjaga pada waktu malam.

Seorang penduduk, Chloe Eccles mahu meninggalkan bandar itu selepas enam tahun tinggal di sana disebabkan bunyi tersebut.

“Setelah beberapa tahun, saya terus mendengarnya dan saya pikir saya gila tetapi orang lain juga boleh mendengarnya.

“Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, bunyi itu menjadi sangat kuat dan berterusan,” katanya.

Majlis North East Lincolnshire sudah berusaha mencari punca bunyi tersebut namun gagal mengesannya.

Mereka bimbang ia kekal misteri selama-lamanya. – AGENSI
 
Back
Top
Log in Register