PenglipurLara
Fun Poster
- Messages
- 681
- Joined
- Jan 14, 2025
- Messages
- 681
- Reaction score
- 29
- Points
- 30
Kejadian ini berlaku ketika saya berada dalam darjah tiga, usia sembilan tahun. Untuk konteks, rumah ibu bapa saya mempunyai dua pintu belakang. Satu berhadapan dengan garaj, dan satu lagi kira-kira 30 kaki di atas dek. Ayah saya ketika itu bekerja syif malam di sebuah syarikat pembuatan aluminium, memakai but besi yang berat. Oleh kerana rumah kami dibina pada tahun 1978, bunyi but ayah ketika berjalan di atas dek kayu sangat jelas.
Pada satu pagi, saya terjaga awal selepas berjaga-jaga dengan abang dan adik perempuan saya. Perut lapar, jadi saya terus ke dapur untuk ambil semangkuk bijirin. Di dapur itulah saya mula terdengar bunyi langkah but ayah melintasi dek. Ada tingkap yang menunjukkan kepada pagar dek, dan ayah seorang yang tinggi, jadi sepatutnya saya nampak kelibatnya melintas. Tapi waktu itu saya masih mamai tidak perasan ayah belum melintasi tingkap, mahupun masuk melalui pintu garaj.
Kemudian, saya dengar pintu skrin dibuka serta bunyi kunci berdenting, lalu saya pergi membuka kunci pintu untuknya. Saat saya menyentuh pemegang pintu, saya jadi terfikir tentang waktu. Jam di ketuhar gelombang mikro menunjukkan 5:07 pagi. Ayah biasanya pulang jam 7 pagi, tak pernah awal. Bila saya beralih semula ke arah pintu, ada sesuatu atau seseorang menghentakkan bahu dengan kuat dan berusaha memutar pemegang pintu.
Saya panik... lari kembali ke bilik, sembunyi di bawah selimut, dan tunggu hingga abang terjaga sebelum pergi memanggil ibu. Saya segera beritahu ibu apa yang saya dengar, dan dia mengesahkan ayah pulang seperti biasa jam 7 pagi. Mujur, ibu percaya dan memanggil pakcik untuk bermalam di rumah, berjaga kalau ada cuba menceroboh. Tiada lagi kejadian serupa selepas itu, dan kalau memang ada orang, saya pasti sudah nampak mereka dari tingkap dapur. Kami tak pernah tahu apa benda itu sebenarnya... tapi memang ianya sangat menakutkan saya sebagai seorang kanak-kanak.