BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk Tanjung Dawai Mohon Tindakan Segera Atasi Hakisan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
e582820afdfe9473e8b3f5ddf537ecc96876828be5664

430f0395cb9157fd359a3237ba4f9111687682a691a0f

ffe4b33bac088972136ea9d7bb33e934687682c529a42

Kredit foto: Rosnani Saad

Penduduk di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini memohon supaya tindakan segera diambil bagi mengatasi masalah hakisan pantai yang semakin kritikal, yang dikhuatiri akan mengancam keselamatan mereka.

Salmah Abdul Rahman, 73, berkata dia menetap di kampung itu sejak lebih 40 tahun lepas dan kawasan belakang rumahnya dahulu adalah tanah lapang tempat bercucuk tanam.

“Dulu makcik masih boleh tanam ubi kayu, ubi keledek, tebu, pisang, namun sejak beberapa tahun lepas air laut naik semakin hampir dengan bahagian dapur rumah.

“Air masuk dalam rumah sekali dengan pasir tak kira siang atau malam, bila ombak besar memang akan masuk dalam rumah. Makcik terpaksa menimba untuk buang air bertakung,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Salmah berkata dia yang tinggal bersama anak lelaki berusia 40 tahun, sentiasa berwaspada kerana bimbang akan keselamatan mereka apabila ombak besar membadai rumah dan berharap agar pihak berkaitan dapat mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah itu.

Seorang lagi penduduk, Rosminah Ahmad, 53, berkata dia yang tinggal bersama ibunya Jamaliah Ishak, 83, yang sudah uzur berasa sangat terancam apabila mengenangkan keadaan rumah yang semakin hampir dengan laut.

“Jarak terkini sekitar dua hingga tiga meter sahaja dengan air laut. Hakisan makin teruk... Ahad lepas adalah kejadian paling teruk dalam tahun ini.

“Air masa itu tak masuk dalam rumah sebab rumah tinggi tapi air bergenang sekeliling rumah. Sebab itu saya harap disegerakan pembinaan tembok batu agar dapat menahan ombak daripada terus menghakis tanah,” katanya.

Suhaida Abu Hasan, 44, pula berkata sudah 20 tahun dia menetap di kampung berkenaan dan keadaan hakisan pantai berhampiran rumah penduduk dilihat semakin serius.

 
Back
Top
Log in Register