BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Benteng Penahan Diperlukan Segera Atasi Hakisan Sungai Padang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Benteng Penahan Diperlukan Segera Atasi Hakisan Sungai Padang​

e62e4cfc7685c42c50fac5474d0195886a5e015a4688a

Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir. fb Datuk Ngian

Kerajaan Sabah diminta menyegerakan pembinaan benteng penahan konkrit di kawasan kritikal sepanjang Sungai Padang, Papar susulan hakisan tebing yang semakin menghampiri kediaman penduduk, persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.

Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir (GRS-Pantai Manis) berkata hakisan berkenaan bukan lagi isu jangka panjang, sebaliknya ancaman kecemasan yang memerlukan tindakan serta-merta bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Kebimbangan penduduk semakin memuncak apabila melihat krisis hakisan sungai yang kini mula runtuh dengan kadar yang amat agresif di sepanjang tebing Sungai Padang.

“Saya memohon agar sebahagian daripada peruntukan tambahan Kementerian Kerja Raya atau Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  disalurkan segera untuk membina benteng penahan konkrit di kawasan kritikal sebelum tragedi buruk yang meragut nyawa berlaku,” katanya membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2026).

Beliau berkata runtuhan tebing sungai itu kini berada terlalu hampir dengan kediaman penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan struktur rumah, khususnya ketika musim tengkujuh.

“Orang kampung di Sungai Padang tidur malam dalam keadaan tidak lena, terutamanya pada musim tengkujuh, kerana takut rumah mereka akan roboh dan dihanyutkan oleh aliran sungai yang deras,” katanya.

Pengiran Saifuddin berkata kestabilan tebing sungai turut berkait rapat dengan jaminan bekalan air bersih di Pantai Manis dan daerah Papar, yang sering berdepan gangguan akibat kadar kekeruhan sungai tinggi serta pencerobohan air masin di Loji Rawatan Air Limbahau.

Beliau berkata usaha menaik taraf Loji Rawatan Air Kogopon 2 dan pembinaan muka sauk baharu untuk Loji Rawatan Air Limbahau tidak akan memberi kesan sepenuhnya sekiranya kestabilan tebing serta kebersihan sumber air di hulu sungai terus diabaikan.

 
Back
Top
Log in Register