BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk resah matahari merah menyala

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Penduduk resah matahari merah menyala​

geli-matahari.jpeg

Fenomena matahari merah menyala dilihat di Palangkaraya, Kalimantan Tengah baru-baru ini. - Lambe Turah

JAKARTA – Penduduk di Palangkaraya, wilayah Kalimantan Tengah digemparkan dengan pemandangan matahari bertukar warna menjadi merah menyala, lapor portal berita Lambe Turah.

Penemuan itu dibuat oleh warga setempat, baru-baru ini.

Seorang penduduk yang tidak didedahkan namanya berkata, dia pertama kali melihat fenomena matahari merah tersebut.

“Warna matahari itu merah menyala pada petang Khamis. Saya pertama kali melihatnya,” katanya kepada laman berita detikKalimantan.

Jurucakap Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), Chandra mengesahkan bahawa asap daripada kebakaran hutan dan tanah boleh menjejaskan penampilan matahari dari permukaan Bumi.

“Matahari boleh berubah warna akibat asap daripada kebakaran hutan dan tanah yang sedang melanda Kalimantan Tengah,” kata Chandra. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register